23 December 2011

Pelajar Universiti Malaya

Hari ini bermulanya status sebagai seorang pelajar universiti malaya.. tapi ada citer antara UM ngn USM...

13 December 2011

Program Latihan Perguruan Guru Pusat Bimbingan Alternatif di Sabah










Kolaborasi IPG Kampus Kent dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) telah mengadakan Program Latihan Perguruan Untuk Guru-guru KAFA 3M di BTPN Sabah dari 12-16 Disember 2011.

3 December 2011

Tompurinazou


Tompurinazou


Pagi-pagi lagi sebelum matahari menunjukkan sinarnya, aku mundar-mandir di tebing sungai Tambulion, menantikan kehadiran Tompurinazou, sang serangga bersayap empat yang mendiami kawasan pendalaman berkabus, sejuk serta sunyi ini. Dari tebing sungai ini, berbalam-balam terbentang Banjaran Crocker yang membentuk sebuah gunung bernama Aki Nabalu ("the revered place of the dead"). Sinaran mentari pagi menjengah dicelah-celah banjaran menampakkan kilauan emas, perak disaluti putih kabus. Sejuk mata memandang, sayu hati mengenang. Dari gigi air kedengaran sayup-sayup suara tuninipot sedang mengalun merdu simforni alam, membentuk irama rimba yang penuh kesyahduan. Sesekali ditingkah suara bangkatan yang agak garau memecah kebeningan pagi di Lembah Pinokok (Pinokok Valley).

Tompurinazou


Tompurinazou

Lembah Pinokok, Sabah

“Hari ini, aku disini bersama-sama pelakar-pelakar warna alam yang membentuk citra warna anak bangsa. Jauh di sudut dunia Tapi, mengapa lakaran tidak membentuk lukisan yang sama? Mengapa warna ku sering disisihkan wahal warna itulah yang sering digunapakai sebagai penambat seri lukisan alam?” aku meluahkan kebukuan perasaan yang tersimpan sejak sekian lama.

Tompurinazou


Kuala Lumpur, Mei 1998

Aku tergopoh-gopoh menuju ke lif, menumpang naik ke pejabat yang tertera alamatnya dalam surat yang ku pegang. Pegawai yang menandatangani surat ini harus aku temui. “Mesti ada kesilapan”, getus hatiku. Sesungguhnya surat yang baru ku terima ini amat merisaukan. Mengapa perlu aku? Bukankah aku sudah menolaknya. Malahan aku sanggup mengeluarkan tabungan ku untuk membayar yuran pengajian serta sara hidup sebagai pelajar selama setahun. Atas alasan, aku tak ingin perkara ini terjadi. Tapi bagaimana mungkin ini terjadi.
         Gerak langkah ku disusun mengikut tempo, kekadang aku berlari-lari mencari-cari bahagian pejabat serta nama pegawainya. Mata ku liar membaca setiap tanda arah. Masalah ini perlu segera diselesaikan!

emmm... terpaksa delete dulu sbb ini belum siap sepenuhnya lagi.....