12 November 2013

50 Tahun Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Assalamualaikum wbt...

Sunyi sejenak laman ini... bulan Jun... la ni dah bulan November... banyak nak dikongsi-kongsikan tapi masa membataskan. hari ni tergerak hati untuk berkunjung ke laman ini... mencoretkan perjalanan PhD.. bukan sibuk menulis tetapi kekadang pengalaman melalui laluan seorang pelajar..

terdekat: Pengalaman untuk terlibat sama dalam perayaan Ulang tahun ke-50 Fakulti Pendidikan UM. terlibat tetiba... jam 6pm terima panggilan, jam 3am baru siap kerja yang dikehendaki. Esoknya diperlukan seawal mungkin.

Alhamdulilah dipermudahkan dengan ramai rakan-rakan membantu maka... siaplah multimedia pembukaan untuk majlis perasmian tersebut.





11 June 2013

Regional Conference on Teacher Demand-Supply and Services: Benchmarking Quantity and Quality

Pengalaman menganjur bersama2 orang Terdidik dan Terpelajar mendidik kita belajar untuk menjadi Orang Terpelajar mempelajari ADAB & Intergriti

Tarikh: 11 Jun -12 Jun 2013
 Tempat: Eastin Hotel, Kuala Lumpur

Terima kasih..

*Pesanan pada diri, jujur + ikhlas; berbakti & berbudi.. Hormati & raikanlah kepakaran insan yang bernama manusia.

6 May 2013

IECT 2013

Pameran Poster Penyelidikan bersempena Persidangan IECT 2013 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

17 April 2013

Bengkel Pendidikan Alternatif 2013

Bengkel ini merupakan proses pungutan data untuk fasa 2 dalam tesis kajian ini... Alhamdulilah setelah 2 bula merancang maka pada 21-22 Mac 2013 maka ia berlangsung sengan jayanya... terima kasih kepada 40 orang pakar yang terlibat daripada NGO mahupun badan Kerajaan orang perseorangan yang sama-sama menyumbang ilmu dan kepakaran untuk Pendidikan Kanak-kanak Orang Asli di Malaysia..
Cabaran terlalu besar sebelum, semasa berlangsungnya bengkel ini... Alhamdulilah atas komitmen penuh pakar-pakar dan rakan terbaik serta sokongan isteri dan keluarga segalanya berjalan dengan jayanya dan membuahkan hasil yang bermakna..

Terima kasih untuk semua khususnya Prof. Saedah Siraj yang telah meluluskan Bajet sebanyak RM3000 untuk bengkel ini serta semua pakar yang sanggup datang dan memberi sepenuh komitmen tanpa sebarang bayaran atau honorium. Terima kasih. Semoga Allah membalas Budi Baik Prof, Prof Madya, Dr, Dato, Tuan, Puan serta semua yang memberi kerjasama dalam menjalankan bengkel ini.

ps: ada kesempatan saya coretkan cerita suka duka menjalankan bengkel ini sebelum/ semasa dan selepas buat mereka-mereka yang bercadang untuk menjalankan kajian menggunakan ISM (Interpretive Structural Modelling).

7 February 2013

Seminar I PhD

Alhamdulilah dah lepas peringkat satu... niat hati nak edit video Seminar I ni.. tak sempat2 sebab lepas satu, satu keje mendatang so upload dulu slide pembentangan seminar tersebut.

21 January 2013

2013... bermulanya babak baru?

assalamualaikum...

Tahun 2012 dah berlalu.. kesibukan dengan dunia PhD nie baru terasa. dulu ingat syioknya dapat cuti belajar 3 tahun... tup tup dah setahun berlalu, Phd masih jauh ke hadapan. nmun pengalaman belajar di UM best la:
1. dah 3 kali hadiri seminar antarabangsa: Jakarta, Jogjakarta, Solo dan di UM sendiri.
2. Peluang untuk mengikuti Pertukaran Pelajar Ke Universiti Shaoxing, China selama 14 hari pada musim sejuk... peh amat menyeronokkan dengan pelbagai pengalaman suka duka.
3. keluar masuk UM dengan pelbagai  projek penyelidikan bersama dengan penyelia. Input baru bagi saya yang baru nak mula mengenali penyelidikan.
4. Pastinya proposal sendiri keluar masuk bilik penyelia berkali-kali sebelum dibenarkan masuk Seminar 1.

kay.. ada masa saya kongsikan citer2 pengalaman di atasa nanti...

selamat tahun baru 2013 (Walaupun dah tiga minggu berlalu) ha ha ha

3 November 2012

Menoleh Ke Belakang..

Lama jua aku tak menulis.. Kesibukan sebagai sebagai seorang pelajar pada usia ini membuatkan aku kekadang kehilangan masa tanpa disedari... Sesekali aku menoleh kebelakang... Telah jauh aku tinggalkan langkah-langkah aku di bumi bertuah Sabah.
 
Kesibukan menjalani rutin sebagai pelajar membuatkan terlupa sejenak tentang jejak-jenak kat Kota Kinabalu. InsyaAllah, klu ada kelapangan aku akan menjengah jua kawan-kawan di sana. Bertanya kabar,  berkongsi cerita. Agak lama jugak tak dengar citer kawan-kawan kat IPG. Cerita anak didik yang tak lama lagi akan bergelar guru. Cepat masa berlalu, dah hampir 4 tahun rupanya.