2 January 2014

Belajar Ikhlas

Tetiba ari nie terima watsap kat group... pesanankan? peringatan atau perkongsian?

"BELAJAR IKHLAS"

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI,darimana kita belajar IKHLAS.

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD,darimana kita belajar SABAR.

Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN,bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR.

Seorang yang dekat dengan Tuhan, bukan berarti tidak ada air mata.
...
Seorang yang taat pada Tuhan, bukan berarti tidak ada kekurangan.

Seorang yang tekun berdoa,bukan berarti tidak ada masa sulit.

Biarlah Tuhan yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita,karena Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik.

Ketika kerjamu tidak dihargai,maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN.

Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN.

Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN.

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN.

Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETANGGUHAN.

Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Tetap semangat….
Tetap sabar….
Tetap tersenyum…..

Karena kamu sedang menimba ilmu di UNIVERSITAS KEHIDUPAN….

TUHAN menaruhmu di “tempatmu” yang sekarang,bukan karena “KEBETULAN”.

Orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kenyamanan.
MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN,TANTANGAN & AIR MATA.

Subhanallah....

Semoga ALLAH memberikan kita karunia iman dan kesehatan agar kita dapat melalui hidup dengan baik dan lancar.. 

Aamiin Allahumma Aamiin

menarik utuk difikirkan bersama2 terutamanya di tahun baru ini...

Selamat Tahun Baru 2014

Mungkin tak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat tahun baru 2014.. dalam sekelip mata dah masuk tahun ketiga cuti belajar ku... maknya nya tanggal 23.12.2014 genap 3 tahun pengajian dan kembali memulakan tugas..

Awal tahun nie penuh dengan ucapan cut & paste tahun baru... baik SMS mahupun WatSap yang aku terima...

 Hari ni Selasa terakhir pada tahun 2013 . Se hari je da nak habis kan?
Buat Keluarga : korang lah yg terpenting dalam hidup aku..
Buat Sahabat : Jangan lupe kan aku ya, bila suatu mase nanti kita terpisah.
Buat kawan2 : Maaf ya kalo aku ade silap dan salah, yg disengaja mahupun tak disengajakan.
Buat Musuh : Maaf bila selama ini aku selalu salah dimata kau.
Buat yg sayang pada aku : Aku juga sayang pada kamu.
Buat org yg prnah menyakiti aku : Terima kasih ya krna sudah mngajar aku bgaimana utk trus bersabar.
Buat yg tak kenal dgn aku : Terima kasih sbb setia save aku dkt contact korg, walau pun kekadang aku buat korang marah, suka update yg bukan-bukan.
Terima kasih korang sbb sudh ada dlm hidup aku, yg menjadikan tahun 2013 aku jadi ceria.
Thanks Semua! 

Happy New Year...Semoga Tahun Baru Lebih Baik Utk Kite Semua.

ini antaranya... banyak lagi... yang mungkin boleh dikongsi bersama.. cuma.. persoalannya.. membaca tak kita semua pesanan tersebut? atau sekadar 'cut & paste"

25 December 2013

Pembentangan di Seminar Antarabangsa Garut, Bandung, Indonesia

Perjalanan bersama kedua-dua penyelia tesis untuk pembentangan di seminar antarabangsa Garut Bandung dari 26-28 Disember 2013...


13 December 2013

Universitas Airlangga, Surabaya vs Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Coret-corat perjalanan ke Surabaya....

Menyelusuri perjuangan anak-anak Malaysia mencari sisa-sisa ilmu di perantauan.
Pengalaman bersama-sama anak-anak Malaysia di sini, mencetuskan pelbagai persoalan yang mungkin hanya terjawab dengan 'berdiam'?

Meneliti....
memerhati...
menyelami....
suka duka kehidupan sebagai seorang pelajar di tempat yang dipisahkan oleh beberapa laut, dataran mahupun kota,

berlainan latar
berbeda budaya
biarpun bahasanya masih serumpun
untuk difahami
untuk dipertuturkan

ternyata,
belajar di sini
masih banyak yang perlu dipelajari
belajar di sini
masih banyak yang perlu difahami

biarpun kedua-dua Universiti
meraikan ulang tahun lebih se'abad' lamanya...
seperti 'adik-abang'

ternyata
Universitas Airlangga punya identiti yang tersendiri
Universiti Malaya memiliki kelebihan yang unik

Memulihara, memelihara atau mengantikannya dengan yang baru..
hanya lukisan panorama persekitaran menceritakan segalanya...

terima kasih anak-anak Malaysia di Universitas Airlangga, Surabaya; Universitas Islam Sunanan Ampel, Surabaya... yang menyambut delegasi akademik Universiti Malaya..: Nazim Effendy, Farah, Adila, Afzal, Tamamin, Hazim, Arfan... dan ramai lagi (maaf terlupa nama) bakal-bakal Dr. perubatan, veterina, famasi dan Ustaz-ustazah... 'Selamat Maju Jaya'




13 November 2013

bila dikata penat? bila pula rehatnya?


1 tahun 11 bulan? tapi klu ikut semester... aku dah di penghujung semester 5 (dua setengah tahun) bermakna tinggal satu semester lagi untuk menamatkan perjalanan ini. Namun jika dihitung tarikh mendaftar.. aku baru nak genap 2 tahun pengajian. Nape jd gini? ha ha ha ni la gara-gara mendaftar lewat... gara-gara janji mulut.. gara-gara percaya atas percaya... Tapi.. perancangan Allah swt adalah yang sebaiknya. Alhamdulilah.

dua hari ini...
aku terasa amat penat untuk berlari lagi...
terasa lelah letih.

 4 hari berterus-terusan: tidur bangun makan minun di bilik PhD UM.. masa tido tak ketentuan, tempat tidonya juga tak ketentuan. Aku tak bersungut sebab bukan aku seorang sahaja... untuk minggu ini sahaja ada 5 orang semuanya... ahli kumpulan 'terdesak' (gelaran yang kami sendiri bagi) mendesak diri untuk mencapai apa yang telah disasarkan..

adakah ini titiknya?
atau jauhkah lg perjalanan ini?
'haaaaaaa, dah nak terduduk dah niee....'?
'jangan lumpuh di kerusi'.... ?

jangan sedih, jangan putus asa 
Tiada yang terlalu dekat untuk dicapai
dan tiada pula yang terlalu jauh untuk dikejar
tekadkan hati
kerana Allah swt sentiasa akan bersama mu

jangan penat berusaha
jangan tinjau jauhnya jalan
teruskan perjalanan
teruskan pengalian

mana tahu
mana tahu
pada saat kita putus asa
pada saat kita rebah

disitu..
hanya tinggal sejengkal sahaja lagi
yang tidak kita usahakan

teruskan perjalanan ini..
PhD.. Perjuangan Harapan Doa*

Perlukah aku kata aku penat?
perlukah aku kata aku perlu rehat?

'

Homeschooling: Pendidikan Alternatif di Malaysia

Alhamdulillah...

Akhirnya... sebahagian daripada perjalanan PhD ni dah membuahkan hasilnya.. buku pertama yang terbit sebahagian daripada tesis yang dalam proses ini::


Bagi yang berminat mendapatkannya... hubungi saya melalui email: harga RM40 senaskah.

12 November 2013

50 Tahun Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Assalamualaikum wbt...

Sunyi sejenak laman ini... bulan Jun... la ni dah bulan November... banyak nak dikongsi-kongsikan tapi masa membataskan. hari ni tergerak hati untuk berkunjung ke laman ini... mencoretkan perjalanan PhD.. bukan sibuk menulis tetapi kekadang pengalaman melalui laluan seorang pelajar..

terdekat: Pengalaman untuk terlibat sama dalam perayaan Ulang tahun ke-50 Fakulti Pendidikan UM. terlibat tetiba... jam 6pm terima panggilan, jam 3am baru siap kerja yang dikehendaki. Esoknya diperlukan seawal mungkin.

Alhamdulilah dipermudahkan dengan ramai rakan-rakan membantu maka... siaplah multimedia pembukaan untuk majlis perasmian tersebut.