29 September 2011

Bila Cikgu mula berkata-kata...

Kita Cikgu

Sekali melangkah, awasilah perwatakkan
sesekali berhujah, aturlah tutur kata

Kita cikgu
Dalam senyum, ada teguran
Dalam gerak-tari, ada kiasan
Usah mengeluh, tak kala dilupakan
Usah menghitung, dikala ceria

Kita Cikgu
Alif, Ba, Ta
Melakar lanskap peradaban bangsa
A, B, C
Mewarnai pentas anak-anak dunia

Kita Cikgu
Di mana-mana jua
Ke mana-mana saja
Bakti disemai
Budi disanjung
Kitalah cikgu

*coretan buat yang bergelar cikgu....


28 September 2011



hari nie dalam kesibukan kerja menyiapkan pelbagai tugasan akhir, ada plak lagu yang sedap untuk dikongsikan bersama.. jom sama2 kita dengar...

25 September 2011

KEER II

Buat kali kedua, saya berusaha bersama-sama Jabatan Sains dan Matematik untuk menganjurkan KEER II, sebenarnya program ini nak dijalankan pada semester I lagi namum kekakangan masa mendesak menyebabkan ianya dianjurkan pada semester ini. Jika KEER I sebagai projek rintis telah dijalankan dengan jayanya dalam kampus sahaja. kali ini, saya dengan jawatankuasa penganjur merancang untuk menjalankannya di sekitar pekan Tuaran. Sesungguhnya usaha mendidikan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar tidak terhad dalam kampus sahaja. Alhamdullilah, berkat kesabaran urusetia pelaksana dengan bimbingan Pn Ainon, program KEER II dapat dijalankan dengan jayanya. Cuma saya agak terkilan kerana tak dapat mengikuti keseluruhan program ini disebabkan terpaksa membawa pelajar JPP mengikuti program Jejak Kent di SK Kolombong Inanam. hanya cerita-cerita dari mulut ke mulut, dari telinga ke telinga dapat saya curi-curi dengar tentang penganjuran KEER II ini, rata-rata berpuas hati dan gembira dengan aktiviti ini.  emmmm tunggu saya risik2 lagi kalau ada gosip-gosip panas tentang program KEER II ini, boleh semabung menulis. maklumlah, ada kita nie "bila rumah dah siap, pahat masih berbunyi-bunyi", tp sebagai guru kita perlu ambil positif bunyi-bunyi tersebut sebagai penambahbaikkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya itu pegangan guru, membuat refleksi bagi setiap yang dijalankan sebagai agenda pembelajaran sepanjang hayat.

16 September 2011

nak menulis... tapi

beberapa kali ada usaha nak memulakan penulisan cerita-cerita kawan-kawan guru yang akan berpindah atau yang akan menyambung pelajaran cuma.. belum sempat-sempat.

15 September 2011

11 September 2011

terima kasih

menatap wajah2 pelajar saya, terasa cam baru semalam baru melaporkan diri di kent.. kini dah hampir 3 tahun berada di kent.. "terima kasih PISMP Kajian Sosial Jan 2011 yang berusaha untuk menganjurkan majlis meraikan pensyarah2 yang akan berpindah. terharu atas kesanggupan kamu untukmengurangkan sikit belanja poket bg menganjurkan majlis yang memakan belanja yang begitu banyak. emm nanti la sambung

10 September 2011

Sesekali melawat...

Sebagaimana tradisi sebelumnya, melawat Dan dilawati pastinya menemukan Kita kepada suatu persoalan!

8 September 2011

Songkek Tenunan, Lipatan Kasih

Semalam, sekali lagi menerima kejutan: Undangan ke majlis doa selamat dan tazkirah maghrib di Surau Nurul Yakin, IPG Kampus Kent. Mulanya ia bukan sesuatu yang aneh atau ganjil untuk terkejut, tetapi menjadi kejutan apabila diselitkan dengan penghargaan "3 dalam 1". Majlis Persaraan En Lupian Saruji, Majlis Perpisahan/Perpindahan Ustaz Abdul Satar dan Majlis Meraikan Cuti Belajar Pensyarah Kent. emmm ni yang kejutan, begitu tinggi tanda ingatan dan terima kasih yang diberikan oleh JAPIM dan Jawatankuasa Surau Nurul Yakin buat kami. Cuma... bagi saya belum tentu lagi.... saya masih mengharap kenaikan pangkat DG52 (Pensyarah Cemerlang) tambahan pula belum satupun tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti diterima. Namun niat saya agar:
                       biarlah hilang tanpa disedari, tak terasa kehilangannya
                      biarlah pergi tanpa diketahui, tak terasa keperitannya
                     biarlah langkah tanpa dijejaki, tak terasa kesakitannya
                     biarlah tolak tanpa dikesani, tak terasa kepenatannya
                     biarlah tinggal tanpa diingati, tak terasa kesedihannya
Walau apapun, terima kasih saya rakamkan buat Ustaz Fauzi dan Warga JAPIM serta Jawatankuasa Surau Nurul Yakin atas majlis penghargaan yang dianjurkan. Cuma Songkek Tenunan, Lipatan Kasih sebagai tanda ingatan belum masanya untuk saya terima.

7 September 2011

Bila kita mengajar......

Sesuatu yang tak diambil endah, ada kala ketikanya ia perlu diberi perhatian sebenarnya.
          Bila kita mengajar, ajarlah dengan hati, walaupun yang diajar tiada hatinya belajar
             Bila kita mengajar, ajarlah dengan rasa tanggungjawab, walaupun yang diajar tiada menjawab
             Bila kita mengajar, ajarlah dengan intergriti, walaupun yang diajar meninggi diri
Pesan ini buat diri, setelah mengharungi 13 tahun dunia pendidikan, bermula dari sekolah dan kini berada di IPG yang bertanggungjawab melatih bakal guru. terasa bezanya bila kita mengajar. mampukah pesanan ini terus menjadi azimat buatku?

6 September 2011

ePerolehan

kepesatan teknologi kian mendesak guru-guru terlibat sama. adakah kita punya pilihan sekiranya segalanya mula berubah sama ada dari segi gaya pengajaran mahupun pengurusan. maka bermulalah era baru buat saya untuk mengikuti kursus kewangan yang melibatkan pengurusan menggunakan perisian ICT

Nak aktifkan pelajar atau jaga-jaga pelajar

Banyak benda yang perlu difikirkan... Dalam usaha menjayakan hasrat FPK dan FPG untuk menghasilkan guru yang kompeten, perlukan kita menghadkan pergerakan pelajar atau mengawasi aktiviti mereka atau sekadar memenuhi keperluan yang Ada dalam kurikulum sahaja? Boleh Kita fikir2kan bersama?