Buat kali kedua, saya berusaha bersama-sama Jabatan Sains dan Matematik untuk menganjurkan KEER II, sebenarnya program ini nak dijalankan pada semester I lagi namum kekakangan masa mendesak menyebabkan ianya dianjurkan pada semester ini. Jika KEER I sebagai projek rintis telah dijalankan dengan jayanya dalam kampus sahaja. kali ini, saya dengan jawatankuasa penganjur merancang untuk menjalankannya di sekitar pekan Tuaran. Sesungguhnya usaha mendidikan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar tidak terhad dalam kampus sahaja. Alhamdullilah, berkat kesabaran urusetia pelaksana dengan bimbingan Pn Ainon, program KEER II dapat dijalankan dengan jayanya. Cuma saya agak terkilan kerana tak dapat mengikuti keseluruhan program ini disebabkan terpaksa membawa pelajar JPP mengikuti program Jejak Kent di SK Kolombong Inanam. hanya cerita-cerita dari mulut ke mulut, dari telinga ke telinga dapat saya curi-curi dengar tentang penganjuran KEER II ini, rata-rata berpuas hati dan gembira dengan aktiviti ini. emmmm tunggu saya risik2 lagi kalau ada gosip-gosip panas tentang program KEER II ini, boleh semabung menulis. maklumlah, ada kita nie "bila rumah dah siap, pahat masih berbunyi-bunyi", tp sebagai guru kita perlu ambil positif bunyi-bunyi tersebut sebagai penambahbaikkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya itu pegangan guru, membuat refleksi bagi setiap yang dijalankan sebagai agenda pembelajaran sepanjang hayat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam cg nazri.. mmg best KEER II ne.. sampai PISMP Math Jan 09 hantar dua team..
ReplyDeletekami sgt puas hati walaupun first tym ikut.. Sgt mncabar sbb kena berinteraksi dgn masyarakat tuaran.. bgaimana nak cuba mnyakinkan kpd masyrakat penggunaan bahan terbuang adalah lebih baik drpd mnggunakan bahan kimia.. dan paling tak lupa buat enzim buah.. smpat makan2 buah yg fresh.. Kalo ada lgi.. Insya Allah.. kmi nak ikut lgi.. Trima kasih cg krn bg pengalamn yg berharga ini.. =P