6 May 2013

IECT 2013

Pameran Poster Penyelidikan bersempena Persidangan IECT 2013 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

17 April 2013

Bengkel Pendidikan Alternatif 2013

Bengkel ini merupakan proses pungutan data untuk fasa 2 dalam tesis kajian ini... Alhamdulilah setelah 2 bula merancang maka pada 21-22 Mac 2013 maka ia berlangsung sengan jayanya... terima kasih kepada 40 orang pakar yang terlibat daripada NGO mahupun badan Kerajaan orang perseorangan yang sama-sama menyumbang ilmu dan kepakaran untuk Pendidikan Kanak-kanak Orang Asli di Malaysia..
Cabaran terlalu besar sebelum, semasa berlangsungnya bengkel ini... Alhamdulilah atas komitmen penuh pakar-pakar dan rakan terbaik serta sokongan isteri dan keluarga segalanya berjalan dengan jayanya dan membuahkan hasil yang bermakna..

Terima kasih untuk semua khususnya Prof. Saedah Siraj yang telah meluluskan Bajet sebanyak RM3000 untuk bengkel ini serta semua pakar yang sanggup datang dan memberi sepenuh komitmen tanpa sebarang bayaran atau honorium. Terima kasih. Semoga Allah membalas Budi Baik Prof, Prof Madya, Dr, Dato, Tuan, Puan serta semua yang memberi kerjasama dalam menjalankan bengkel ini.

ps: ada kesempatan saya coretkan cerita suka duka menjalankan bengkel ini sebelum/ semasa dan selepas buat mereka-mereka yang bercadang untuk menjalankan kajian menggunakan ISM (Interpretive Structural Modelling).

7 February 2013

Seminar I PhD

Alhamdulilah dah lepas peringkat satu... niat hati nak edit video Seminar I ni.. tak sempat2 sebab lepas satu, satu keje mendatang so upload dulu slide pembentangan seminar tersebut.

21 January 2013

2013... bermulanya babak baru?

assalamualaikum...

Tahun 2012 dah berlalu.. kesibukan dengan dunia PhD nie baru terasa. dulu ingat syioknya dapat cuti belajar 3 tahun... tup tup dah setahun berlalu, Phd masih jauh ke hadapan. nmun pengalaman belajar di UM best la:
1. dah 3 kali hadiri seminar antarabangsa: Jakarta, Jogjakarta, Solo dan di UM sendiri.
2. Peluang untuk mengikuti Pertukaran Pelajar Ke Universiti Shaoxing, China selama 14 hari pada musim sejuk... peh amat menyeronokkan dengan pelbagai pengalaman suka duka.
3. keluar masuk UM dengan pelbagai  projek penyelidikan bersama dengan penyelia. Input baru bagi saya yang baru nak mula mengenali penyelidikan.
4. Pastinya proposal sendiri keluar masuk bilik penyelia berkali-kali sebelum dibenarkan masuk Seminar 1.

kay.. ada masa saya kongsikan citer2 pengalaman di atasa nanti...

selamat tahun baru 2013 (Walaupun dah tiga minggu berlalu) ha ha ha

3 November 2012

Menoleh Ke Belakang..

Lama jua aku tak menulis.. Kesibukan sebagai sebagai seorang pelajar pada usia ini membuatkan aku kekadang kehilangan masa tanpa disedari... Sesekali aku menoleh kebelakang... Telah jauh aku tinggalkan langkah-langkah aku di bumi bertuah Sabah.
 
Kesibukan menjalani rutin sebagai pelajar membuatkan terlupa sejenak tentang jejak-jenak kat Kota Kinabalu. InsyaAllah, klu ada kelapangan aku akan menjengah jua kawan-kawan di sana. Bertanya kabar,  berkongsi cerita. Agak lama jugak tak dengar citer kawan-kawan kat IPG. Cerita anak didik yang tak lama lagi akan bergelar guru. Cepat masa berlalu, dah hampir 4 tahun rupanya.

4 May 2012

Guru Cemerlang vs Pensyarah Cemerlang

Dua tiga hari nie, penuh di FB tentang cerita-cerita Iklan Permohonan "Guru Cemerlang @ pensyarah Cemerlang". Sekali lagi bertanya, layakkah untuk memohon? kenapa kriteria GC ngn PC hampir sama saja? Mengapa Perlu PC menggunakan alat yang sama untuk menyukat?

Walau apapun, mudah saja.. Mohonlah....... mana tau rezeki kita ada disitu, bak kata seorang kawan:
"biarpun dimata orang kita tak cemerlang tapi dimata penilai kita cemerlang! atau sebaliknya dimata orang kita cemerlang namun dimata penilai kita belum cukup cemerlang untuk menjawat jawatan tersebut"

Itulah, bila keluar keputusan, nama kita entah dimana tercicir atau mungkin yang selama ini tak disedari kecemerlangnya tetiba membuat kejutan.

"Usah dipersoal kerja pemantau. Sebab dibahunya terletak tanggungjawab yang maha besar, salah menilai, sehingga mati dia menanggung akibatnya" kata seorang ustaz kepada ku.

Memang diakui, tugas  guru mesti ikhlas menjalankan tanggungjawab, tapi penghargaan dan pengiktirafan terhadap kerja kita pastinya akan membuatkan kita lebih berdedikasi menjalankan tugas. Tambahan dalam keadaan dunia pendidikan yang kian mencabar dengan karenah pelajar yang semakin merimaskan.

Justeru, lengkapkan borang permohonan GC atau PC sungguhpun ia menjangkau 30-50 muka surat perlu ditaip segala maklumat selama 3 tahun kebelakang berkhidmat. Belum ditambah dengan sijil-sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan. Tahun lepas aku menghantar 50 muka surat bertaip dan hampir 120 dokumen sokongan yang diperlukan.

 "Jangan rasa terbeban sebab borang ini akan dinilai oleh panel pada peringkat pertama" pesan Pn Teresa,  YDP MGCS semasa Taklmiat Grooming GC di Brunggis Resort , Papar dua tahun lepas.

Itulah semasa mereka datang memantau, mereka hanya akan mengesahkan semua yang kita sertakan. Walaupun, akhirnya orang yang hanya menghantar 10 muka surat dan 3-5 dokumen sokongan itu yang dapat jawatan PC bagi lantikan 2011. Jangan berputus asa.

 "bukan rezeki kau pada tahun lepas, cuba lagi tahun ini" kata beberapa kawan di IPG Kent. Sekali lagi ayat yang dilemparkan oleh pemantau diakhir penyeliaannya bermain-main difikiran ku: "Cikgu muda lagi, boleh cuba mohon tahun hadapan". Untuk dua tahun berturut-turut aku mendapat ayat ini, tanpa sebarang perubahan struktur ayatnya.

Persoalanya, Perlukah untuk aku melalui tempoh pemantauan yang amat panjang (8am-6pm) sekali lagi? Setelah melihat dengan sendiri dihadapan ku, seorang yang dipantau 30 minit, dengan 10 muka surat borang PC serta 3-5 fail yang dipinjamkan dari seseorang telah mendapat jawatan tersebut pada tahun lepas? Sukar dipercayai tapi itulah hakikat yang perlu dipercayai dalam penilaian GC atau PC ini.

Sekali lagi, kata kawan: "Cuba lagi, tak salah untuk mencuba!" "Tu la namanya cemerlang! tak perlu banyak kerja (Buat kerja bidang tugas sahaja), banyak fail, banyak penulisan dan banyak penyelidikan" kata seorang hamba Allah kepada ku setelah aku berkongsi kekecewaan ini dengannya. Tah! Adakah ia satu sindiran atau betul nasihatnya? Sukar untuk aku fahami!

Bermain diminda- "Perlukah aku mohon lagi untuk tahun ini? ha ha ha ha ha.."