Dua tiga hari nie, penuh di FB tentang cerita-cerita Iklan Permohonan "Guru Cemerlang @ pensyarah Cemerlang". Sekali lagi bertanya, layakkah untuk memohon? kenapa kriteria GC ngn PC hampir sama saja? Mengapa Perlu PC menggunakan alat yang sama untuk menyukat?
Walau apapun, mudah saja.. Mohonlah....... mana tau rezeki kita ada disitu, bak kata seorang kawan:
"biarpun dimata orang kita tak cemerlang tapi dimata penilai kita cemerlang! atau sebaliknya dimata orang kita cemerlang namun dimata penilai kita belum cukup cemerlang untuk menjawat jawatan tersebut"
Itulah, bila keluar keputusan, nama kita entah dimana tercicir atau mungkin yang selama ini tak disedari kecemerlangnya tetiba membuat kejutan.
"Usah dipersoal kerja pemantau. Sebab dibahunya terletak tanggungjawab yang maha besar, salah menilai, sehingga mati dia menanggung akibatnya" kata seorang ustaz kepada ku.
Memang diakui, tugas guru mesti ikhlas menjalankan tanggungjawab, tapi penghargaan dan pengiktirafan terhadap kerja kita pastinya akan membuatkan kita lebih berdedikasi menjalankan tugas. Tambahan dalam keadaan dunia pendidikan yang kian mencabar dengan karenah pelajar yang semakin merimaskan.
Justeru, lengkapkan borang permohonan GC atau PC sungguhpun ia menjangkau 30-50 muka surat perlu ditaip segala maklumat selama 3 tahun kebelakang berkhidmat. Belum ditambah dengan sijil-sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan. Tahun lepas aku menghantar 50 muka surat bertaip dan hampir 120 dokumen sokongan yang diperlukan.
"Jangan rasa terbeban sebab borang ini akan dinilai oleh panel pada peringkat pertama" pesan Pn Teresa, YDP MGCS semasa Taklmiat Grooming GC di Brunggis Resort , Papar dua tahun lepas.
Itulah semasa mereka datang memantau, mereka hanya akan mengesahkan semua yang kita sertakan. Walaupun, akhirnya orang yang hanya menghantar 10 muka surat dan 3-5 dokumen sokongan itu yang dapat jawatan PC bagi lantikan 2011. Jangan berputus asa.
"bukan rezeki kau pada tahun lepas, cuba lagi tahun ini" kata beberapa kawan di IPG Kent. Sekali lagi ayat yang dilemparkan oleh pemantau diakhir penyeliaannya bermain-main difikiran ku: "Cikgu muda lagi, boleh cuba mohon tahun hadapan". Untuk dua tahun berturut-turut aku mendapat ayat ini, tanpa sebarang perubahan struktur ayatnya.
Persoalanya, Perlukah untuk aku melalui tempoh pemantauan yang amat panjang (8am-6pm) sekali lagi? Setelah melihat dengan sendiri dihadapan ku, seorang yang dipantau 30 minit, dengan 10 muka surat borang PC serta 3-5 fail yang dipinjamkan dari seseorang telah mendapat jawatan tersebut pada tahun lepas? Sukar dipercayai tapi itulah hakikat yang perlu dipercayai dalam penilaian GC atau PC ini.
Sekali lagi, kata kawan: "Cuba lagi, tak salah untuk mencuba!" "Tu la namanya cemerlang! tak perlu banyak kerja (Buat kerja bidang tugas sahaja), banyak fail, banyak penulisan dan banyak penyelidikan" kata seorang hamba Allah kepada ku setelah aku berkongsi kekecewaan ini dengannya. Tah! Adakah ia satu sindiran atau betul nasihatnya? Sukar untuk aku fahami!
Bermain diminda- "Perlukah aku mohon lagi untuk tahun ini? ha ha ha ha ha.."

hahaha.... nampaknya benak kita memainkan persoalan yang sama.....
ReplyDelete