7 February 2013
21 January 2013
2013... bermulanya babak baru?
assalamualaikum...
Tahun 2012 dah berlalu.. kesibukan dengan dunia PhD nie baru terasa. dulu ingat syioknya dapat cuti belajar 3 tahun... tup tup dah setahun berlalu, Phd masih jauh ke hadapan. nmun pengalaman belajar di UM best la:
1. dah 3 kali hadiri seminar antarabangsa: Jakarta, Jogjakarta, Solo dan di UM sendiri.
2. Peluang untuk mengikuti Pertukaran Pelajar Ke Universiti Shaoxing, China selama 14 hari pada musim sejuk... peh amat menyeronokkan dengan pelbagai pengalaman suka duka.
3. keluar masuk UM dengan pelbagai projek penyelidikan bersama dengan penyelia. Input baru bagi saya yang baru nak mula mengenali penyelidikan.
4. Pastinya proposal sendiri keluar masuk bilik penyelia berkali-kali sebelum dibenarkan masuk Seminar 1.
kay.. ada masa saya kongsikan citer2 pengalaman di atasa nanti...
selamat tahun baru 2013 (Walaupun dah tiga minggu berlalu) ha ha ha

3 November 2012
Menoleh Ke Belakang..
Kesibukan menjalani rutin sebagai pelajar membuatkan terlupa sejenak tentang jejak-jenak kat Kota Kinabalu. InsyaAllah, klu ada kelapangan aku akan menjengah jua kawan-kawan di sana. Bertanya kabar, berkongsi cerita. Agak lama jugak tak dengar citer kawan-kawan kat IPG. Cerita anak didik yang tak lama lagi akan bergelar guru. Cepat masa berlalu, dah hampir 4 tahun rupanya.
20 May 2012
4 May 2012
Guru Cemerlang vs Pensyarah Cemerlang
Dua tiga hari nie, penuh di FB tentang cerita-cerita Iklan Permohonan "Guru Cemerlang @ pensyarah Cemerlang". Sekali lagi bertanya, layakkah untuk memohon? kenapa kriteria GC ngn PC hampir sama saja? Mengapa Perlu PC menggunakan alat yang sama untuk menyukat?
Walau apapun, mudah saja.. Mohonlah....... mana tau rezeki kita ada disitu, bak kata seorang kawan:
"biarpun dimata orang kita tak cemerlang tapi dimata penilai kita cemerlang! atau sebaliknya dimata orang kita cemerlang namun dimata penilai kita belum cukup cemerlang untuk menjawat jawatan tersebut"
Itulah, bila keluar keputusan, nama kita entah dimana tercicir atau mungkin yang selama ini tak disedari kecemerlangnya tetiba membuat kejutan.
"Usah dipersoal kerja pemantau. Sebab dibahunya terletak tanggungjawab yang maha besar, salah menilai, sehingga mati dia menanggung akibatnya" kata seorang ustaz kepada ku.
Memang diakui, tugas guru mesti ikhlas menjalankan tanggungjawab, tapi penghargaan dan pengiktirafan terhadap kerja kita pastinya akan membuatkan kita lebih berdedikasi menjalankan tugas. Tambahan dalam keadaan dunia pendidikan yang kian mencabar dengan karenah pelajar yang semakin merimaskan.
Justeru, lengkapkan borang permohonan GC atau PC sungguhpun ia menjangkau 30-50 muka surat perlu ditaip segala maklumat selama 3 tahun kebelakang berkhidmat. Belum ditambah dengan sijil-sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan. Tahun lepas aku menghantar 50 muka surat bertaip dan hampir 120 dokumen sokongan yang diperlukan.
"Jangan rasa terbeban sebab borang ini akan dinilai oleh panel pada peringkat pertama" pesan Pn Teresa, YDP MGCS semasa Taklmiat Grooming GC di Brunggis Resort , Papar dua tahun lepas.
Itulah semasa mereka datang memantau, mereka hanya akan mengesahkan semua yang kita sertakan. Walaupun, akhirnya orang yang hanya menghantar 10 muka surat dan 3-5 dokumen sokongan itu yang dapat jawatan PC bagi lantikan 2011. Jangan berputus asa.
"bukan rezeki kau pada tahun lepas, cuba lagi tahun ini" kata beberapa kawan di IPG Kent. Sekali lagi ayat yang dilemparkan oleh pemantau diakhir penyeliaannya bermain-main difikiran ku: "Cikgu muda lagi, boleh cuba mohon tahun hadapan". Untuk dua tahun berturut-turut aku mendapat ayat ini, tanpa sebarang perubahan struktur ayatnya.
Persoalanya, Perlukah untuk aku melalui tempoh pemantauan yang amat panjang (8am-6pm) sekali lagi? Setelah melihat dengan sendiri dihadapan ku, seorang yang dipantau 30 minit, dengan 10 muka surat borang PC serta 3-5 fail yang dipinjamkan dari seseorang telah mendapat jawatan tersebut pada tahun lepas? Sukar dipercayai tapi itulah hakikat yang perlu dipercayai dalam penilaian GC atau PC ini.
Sekali lagi, kata kawan: "Cuba lagi, tak salah untuk mencuba!" "Tu la namanya cemerlang! tak perlu banyak kerja (Buat kerja bidang tugas sahaja), banyak fail, banyak penulisan dan banyak penyelidikan" kata seorang hamba Allah kepada ku setelah aku berkongsi kekecewaan ini dengannya. Tah! Adakah ia satu sindiran atau betul nasihatnya? Sukar untuk aku fahami!
Bermain diminda- "Perlukah aku mohon lagi untuk tahun ini? ha ha ha ha ha.."

26 April 2012
Dulu seorang Guru.... kini Pelajar
Salam.. hampir 2 bulan tak menjenguk ke laman ini. Dalam keadaan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Kini hampir 4 bulan aku dah mula meninggalkan gelanggang bilik darjah. Dan dalam tempoh itu jugalah aku dah mula kembali menjalani kehidupan dalam dunia baru.
Jika dulu awal pagi aku penglipur di bilik darjah.
Hari ini di awal pagi, aku membuka lembaran buku mencari penglipur
Jika dulu awalan kelas dengan leteran buat itu buat ini
Hari ini awal-awal lagi, aku diminta siap itu, siapkan ini
Jika dulu suara di segenap penjuru kelas, isi cerita dongengan padat berilmu
Hari ini suara itu hilang dalam timbunan buku, isi minda cerita seribu derita
Itulah dulu.... Tak akan sama hari ini walaupun laluannya masih sama...
Sekadar berkongsi cerita, rupanya dalam dunia pendidikan ini masih banyak ruangan dan peluang yang masih belum kita terokai. Mungkin jika tidak kerana menjadi pelajar sekarang, aku masih berada dalam dunia yang sama (seorang guru: masuk kelas mengajar, keluar kelas semak buku latihan, ke padang sukan, unit beruniform) Dua bulan bersama buku-buku ilmiah, jurnal membuka minda tentang bertapa tertinggalnya aku dalam menyelusuri persada ilmu.
Buat anak-anak didik ku yang bakal menyiapkan latihan ilmiah (Penulisan Penyelidikan) bagi memperlengkapkan syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, ingin cikgu kongsikan satu ilmu bagi memudahkan penulisan serta kajian kalian. Semasa membuat Kajian Literatur, buatlah dalam bentuk Meta Analisis, dari sana kalian dapat melihat dengan jelas di mana ruang dan peluang untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Dari sana jua lah kalian dapat mengenalpasti masalah serta halangan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui Meta Analisis ini juga kita dapat melihat pelbagai kaedah serta cara yang dapat digunapakai dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kita. Malahan kita dapat mengabungjalin pelbagai idea serta kaedah yang digunakan oleh guru-guru lain. Adakalanya juga kita menemui kaedah yang telah lama disarankan tapi kita tak pernah endah sebab dah terlalu terikat dengan cara yang sama.
Bukan apa, agar kajian yang kalian lakukan lebih bermakna dan memberi sumbangan. Keluarlah dari kepompong yang asyik melaksanakan kajian-kajian yang telah lama dilakukan dan kalian hanya memperbaharuinya dalam situasi yang lain namun tindakan tetap sama.Jika itu yang berlaku, maka selamanya lah pendidikan negara kita berada ditakok yang sama.
Buat anak-anak didik ku yang bakal menyiapkan latihan ilmiah (Penulisan Penyelidikan) bagi memperlengkapkan syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, ingin cikgu kongsikan satu ilmu bagi memudahkan penulisan serta kajian kalian. Semasa membuat Kajian Literatur, buatlah dalam bentuk Meta Analisis, dari sana kalian dapat melihat dengan jelas di mana ruang dan peluang untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Dari sana jua lah kalian dapat mengenalpasti masalah serta halangan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui Meta Analisis ini juga kita dapat melihat pelbagai kaedah serta cara yang dapat digunapakai dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kita. Malahan kita dapat mengabungjalin pelbagai idea serta kaedah yang digunakan oleh guru-guru lain. Adakalanya juga kita menemui kaedah yang telah lama disarankan tapi kita tak pernah endah sebab dah terlalu terikat dengan cara yang sama.Bukan apa, agar kajian yang kalian lakukan lebih bermakna dan memberi sumbangan. Keluarlah dari kepompong yang asyik melaksanakan kajian-kajian yang telah lama dilakukan dan kalian hanya memperbaharuinya dalam situasi yang lain namun tindakan tetap sama.Jika itu yang berlaku, maka selamanya lah pendidikan negara kita berada ditakok yang sama.
IsyaAllah.... dalam kesempatan yang ada, sesekali akan aku coretkan pengalaman menjadi guru.... pengalaman menjadi pelajar. Semoga anak didik aku dapat menyelusuri jalan-jalan ini ke arah kecemerlangan diri.
12 March 2012
Terbang Kinabalu Terbang
Tahun 2005, saya pertama Kali mengisi borang Kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang setelah cukup syarat iaitu 7 tahun berkhidmat. Itupun setelah diarahkan oleh Pn Pengetua. Kalau diikutkan hati, malas untuk aku mengisi borang-borang sebegini. Seperti mana yang diketahui, Kita sebagai guru selalunya rasa terbeban untuk mengisi borang yang memerlukan terlalu banyak maklumat. Pengalaman saya untuk memperlengkapkan borang permohonan guru Cemerlang ini, cukup memeritkan. Ini kerana saya perlu mengisi segala maklumat perkhidmatan serta penglibatan saya 3 tahun kebelakang bersertakan dengan dokumen-dokumen sokongan.
Tak cukup dengan ini, saya juga dikehendaki mengarang 4-5 esei berdasarkan soalan yang diberikan! "siapa la yang rekabentuk borang permohonan ini?" macam tak mau bagi orang Naik Pangkat!" saya mengomel sendirian. Tanpa sebarang pendedahan atau makluman Dari guru-guru senior (walaupun masa itu di sekolah saya ini Ada 3 orang guru Cemerlang) "lengkapkan saja borang-borang tu, nanti nazir datang pantau".. Jawapan seringkas itu yang sering diterima apabila aku bertanya! Tanpa memahami apa2 tentang jawatan guru Cemerlang itu, aku menghantar borang tersebut!
Seperti yang diketahui umum, kedatangan Jemaah Nazir, amat digeruni!.. Bermula jam 6:45am mereka sudah berada di Sekolah. Mulanya aku diminta menunjukkan semua documen sokongan yang aku telah catatkan dalam borang permohonan sebagai bukti penglibatan aku.
"Cikgu, tolong bagi kami buku latihan Dan buku nota kelas yang Cikgu ajar!" pinta salah seorang Nazir. "buku-buku tu semua Ada dengan pelajar, boleh saya keluar Ke kelas untuk mendapatkannya?" balas aku lalu berlalu pergi. Seperti sedia maklum, jika kita mengajar di kelas yang lemah, pastinya masalah utama adalah mendapatkan buku-buku latihan yang lengkap. Ada saja yang tak bawa buku latihan, tak siapkan latihan Dan tidak membuat pembetulan.
"Cikgu mengajar berapa kelas? Ini saja buku nota dan latihan yang Ada?" dengan nada yang tegas sambil menghempas beberapa buah buku yang dapat aku kumpulkan!
"Maafkan saya puan, Hari ini, saya tak Ada kelas Ekonomi, jadi pelajar saya tak bawa buku! Saya tak sempat maklumkan kepada pelajar saya semalam sebab saya menerima panggilan telefon daripada puan jam 3 petang, pelajar saya dah pulang." jawabku!
Setelah semua documen serta fail-fail yang diminta aku berikan untuk disemak. Kini tiba masa yang paling aku takuti : memantau P&P. Walau apapun, aku mengajar seperti yang biasa yang aku ajar! Aku nak ketawa aku ketawa, aku nak marah, aku marah... Dan aku nak mengutuk aku kutuk. Mulanya aku agar kekok sebab diperhatikan oleh 3 orang yang duduk di belakang kelas. Pelajar aku jua begitu, namun setelah 20 minit berlalu mereka dah menjadi biasa.
Selesai sesi P&P, beberapa orang pelajar aku lihat dipanggil oleh Nazir.. "oo Ada sesi temuduga pelajar pulak!" bisik ku. Selepas itu, aku diminta untuk tunggu di bilik gerakan (mesyuarat) sementara mereka menjalankan sesi temubual dan soal selidik dengan rakan-rakan guru yang mereka sendiri pilih.
Seperti yang diduga, mana ada pemantauan P&P yang tak kena komen.
Hampir 3 jam aku dikuliahkan cara-cara mengajar yang betul dan berkesan. Seringkali aku berhujah menidakkan pandangannya:- sebab kelas yang aku ajar, kelas paling hujung dan sekolah ini, semua lelaki. Pastinya cara mengajar berbeza dan tak semua teori boleh diaplikasikan!
Akhirnya, tepat jam 5 petang, sesi yang menyiksakan ini tamat! Aku sedar banyak yang perlu aku perbetulkan jika ingin menjadi Guru Cemerlang! Jauh disudut hati aku, berdasarkan pemantauan hari ini, aku masih belum layak untuk jawatan guru Cemerlang! Biarpun aku telah memenangi johan Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan bagi tahun :- 2003, 2004 dan 2005.. Kecemerlangan aku belum melayakkan diri ini untuk jawatan itu!
"Kalau mengukur biarlah padan; kalau menguji biarlah tepat, kalau menilai biarlah ikhlas", kata cikgu Basirun keesokkan harinya bila mendapat tahu yang aku dipantau seharian. Aku hanya mampu menghadiahkannya sebuah senyuman.
Hampir 3 bulan, tiada apa2 berita tentang GC. Aku terima seadanya, sebab aku tau yang aku masih belum layak untuk jawatan tersebut! Biarpun Sesekali aku menoleh kebelakang, aku mungkin tak mampu untuk terbang setinggi itu. Aku kagum dengan mereka yang bergelar GURU Cemerlang sesungguhnya kalian sangat berkualiti. Itulah anggapan aku setelah melalui sesi pemantauan ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)