13 August 2011

Lagi Citer Nak Jadi Pensyarah Cemerlang Part IV

Sebaik saja selesai sesi P&P, aku harapkan segalanya selesai. "Kita sambung dengan semakkan Dokumen! " dengan nada tegas salah seorang pemantau bersuara. Aku hanya mampu tersenyum. Fikir ku segalanya dah selesai, namun masih ada sambungan. Sebaik saja duduk dalam bilik temuduga, aku diminta mengemukan beberapa dokumen untuk menyokong permohonan aku. Seperti yang pertama tadi, aku terpaksa memunggah dan mencari fail-fail berkenaan untuk aku kemukakan dokumen-dokumen yang diminta. "Ini bukan modul!" kata pemantau kepada ku setelah aku mengemukakan modul yang aku tulis untuk JPN Sabah. "Kamu tau ka, apa itu modul?' sambungnya lagi. Lebih baik berdiam diri daripada memanjangkan lagi perdebatan ini. Kalau sudah dikemukakan contoh modul, sijil penghargaan panel penulis modul juga tak diterima, keputusan ku berdiam diri lebih baik. Setelah memberi huraian panjang lebar tentang modul, pemantau tersebut meminta aku untuk menunjukkan  sijil-sijil yang membuktikan bahawa aku telah melatih guru-guru dalam bidang ekonomi? "Ada apa-apa dokumen lagi yang kamu mahu kemukakan untuk menyokong permohonan kamu?' tanya pemantau setelah berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang dipinta. Dengan pantas aku menjawab, "tiada lagi tuan, kalau saya cakap, kena ada bukti sedangkan saya dah tak mampu mencari dokumen-dokumen tersebut dalam timbunan fail yang bersepah-sepah ini."

Seterusnya temuga aku memasuki fasa akhir iaitu soalan pengetahuan am, sekali lagi dalam keadaan kepenatan, keletihan berpuasa, aku diajukan dengan soalan aras 'pengetahuan' dalam taksonomi blooms, "SPI BIL 3/1999?" tanya pemantau dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Aku terdiam seketika, dah lama aku tinggalkan sekolah, aku berbisik sendiri, "emm Penyediaan Rekod Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan" balas ku. "Boleh perincikan apa yang diperjelaskan mengikut SPI tersebut?". Aku menjelaskan butiran yang terdapat dalam surat perkeliling tersebut secara terperinci. "Baik, SPI Bil. 4/1986 ?" . Aku cuba sedaya mungkin untuk menjawab, bilangan 4?.... "emmm Pengurusan Panitia Mata pelajaran" jawab ku dengan tergagap-gagap dan ketidakpastian.  "Baik...." belum sempat pemantau itu menghabiskan ayatnya, aku terus mencelah, "tuan, dalam lama saya tinggalkan sekolah, sekarang ni kalu tanya saya LAM-PT09-03 atau LAM-PT05-1a atau LAM PUS14, saya ingat la, sebab pengurusan IPG Kent menggunakan MsISO  dalam pengurusan dokumen". Lalu dia beralih kepada soalan NKRA. Sekali lagi soalan aras pengetahuan taksonomi blooms diajukan. Aku cuba untuk menjawab sedaya yang dapat namum, adakalanya terlalu mustahil bila ia mengkehendaki aku menjelaskan butiran dalam setiap sub bidang NKRA secara terperinci. Walau bagaimanapun aku berjaya menjawab beberapa sub bidang dengan terperinci dan jelas statistiknya. Nak tau rahsia kenapa dapat jawab? Kerana aku pernah membaca dan menghafal semasa terlibat sebagai Panel Penemuduga SPP. 
Walau apapun, setelah melalui sesi ini, aku hanya mampu berserah dan bertawakal, sesungguhnya jika ada rezeki aku, maka ada la. Bukan apa jika dulu aku dipantau jua untuk Gred Guru Cemerlang DG48, DG44, tapi tidak lah sehebat DG52 ini. Biarpun dah hampir 10 kali kena pantau dan selia, setiap sesi pemantauan mempunyai keunikan tersendiri. Terima kasih atas pengalaman berharga yang diberikan. Bila dikenang-kenang amat melucukan biarpun pada awalnya terasa sangat marah jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain, aku kena paling teruk. Cuma satu, aku telah melakukan yang terbaik dan itulah aku; "ada kekuatan di sana sini namun pasti jua ada kelemahan disetiap penjuru"

2 comments:

  1. suka ngan statement cg yg paling last skali..

    "ada kekuatan di sana sini namun pasti jua ada kelemahan disetiap penjuru"

    mendalam maknanya tu.. =)

    ReplyDelete
  2. emm... sbb ia peringatan jua untuk diri cikgu. betul tu! klu dikaji2 banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.

    ReplyDelete