19 August 2011

Nak dijadikan citer....

Jika dulu, masa mula-mula nak jadi pensyarah ini, penat jua perjalanannya. Banyak jua pengalaman yang perlu ku tempoh. Namun peristiwa tu dah ku tinggalkan 3-4 tahun yang lepas. Hari ini semasa mengemas-ngemas barangan dan kotak-kotak dalam stor, kenangan pertama kali datang untuk melapor diri di IPG Kampus Kent kembali mekar dalam ingatan. Betapa sukarnya untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana baru serta pengalaman untuk mencari tempat tinggal di Kota Kinabalu. Surat 'Arahan Pindah" ku terima pada 16 Disember 2007. Sesungguhnya apa yang hati kecil kita pernah terlintas, pasti berlaku. Dulu semasa di sekolah, apabila meraikan rakan-rakan yang dapat berpindah ke Semenanjung, jauh disudut hati kecil ku sentiasa berkata-kata : "Kalau aku nak berpindah, aku nak berpindah pada bulan November atau Disember, tanpa disedari oleh pelajarku, kononnya apabila semester dibuka, aku dah pulang dan tiada di sekolah lagi. tak la terasa sangat kesedihan yang melanda" rupa-rupanya ia menjadi kenyataan. Tiada majlis perpisahan mahupun ucapan perpisahan yang dibuat untuk aku disebabkan aku berpindah pada hujung tahun. Namun aku hanya melaporkan diri pada 4 Januari 2008 atas sebab surat tersebut lewat diterima. Maka aku mohon seminggu untuk aku uruskan penyerahan tugas di sekolah lama. Agak-agaknya nanti di tempat baru adakah aku akan berpindah semasa penghujung semester dan tak diketahui oleh pelajar ku? Maka bermulalah cerita baru......


1 comment:

  1. huu.. cg nazri.. jgnlah pindah tanpa di ketahui oleh kami.. sedih lah kami.. buka2 semester.. cg tak da.. tak smpat nak kata atau buat apa2 ngan cg.. huuu.. sedih tu.. =(

    ReplyDelete