Setelah melalui sesi pemantauan Pensyarah Cemerlang, ada satu pengalaman atau pesanan pada diri ku sendiri. hampir 3 hari menilai diri, menilik kekuatan dan kekurangan diri, akhirnya aku menemui sesuatu yang mungkin berharga buat guru lain sekiranya ingin memohon Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang. Walau apa yang kita buat, baik penyelidikan, inovasi, bahan bantu mengajar, penulisan mahupun aktiviti pastikan segalanya bertitik tolak dari kepakaran kita dalam bidang kita. Bahasa mudah, jika aku guru ekonomi, segalanya mestilah dalam skop lingkungan bidang ekonomi. Selama ini aku buat mengikut keperluan atau organisasi atau pun juga ikut rakan-rakan sehingga aku sendiri lupa bahawa aku seorang guru ekonomi yang perlu memahirkan diri dalam bidang kepakaran ku.
Aku menyedari hakikat ini apabila aku diminta untuk membuktikan usaha-usaha aku dalam bidang TMK, maka aku nyatakan bahawa aku ada terlibat dalam menyumbang artikel dan bahan ke dalam laman web Majlis Guru Cemerlang Sabah (http://mgcsabah.com/) terutama arikel berkaitan Ekonomi Asas dan Ekonomi STPM, aku juga bertindak sebagai admin dalam laman web Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Kent (http://www.ipkent.edu.my/jppp) dan pastinya semua pensyarah IPG Kampus Kent ada menyumbang kepada laman web Mykent LMS segala bahan P&P serta kertas tugasan yang boleh dimuat turun oleh guru pelatih. Namun semua laman web ini tidak diterima. "Ada laman web yang kamu bangunkan sendiri dan bukannya menjadi admin atau penyumbang bahan sahaja" tanya pemantau tersebut semasa sesi temuduga. Justeru bolg ini menjadi penyelamatnya walaupun ia baru bermula. Justeru aku menyedari bahawa, guru kini jika ingin cemerlang ia bukan sekadar cemerlang dalam bilik darjah tetapi jua memilik kemahiran ICT yang seiring dengan peredaran zaman. Jadi, apa lagi mulakan sekarang bangunkan laman blog yang mungkin boleh menjana pendapatan jua, seperti kata pelajar ku, "cikgu, buat blog untuk jual barang, banyak lagi untungnya.." Rupanya pelajar-pelajar ku nie lebih memiliki semangat keusahawanan berbanding cikgunya yang mengajar ekonomi.
blog ni ada dah.. cikgu bleh share bahan bnyak2 sini.. hehe
ReplyDeleteye zul, konon la.. mungkin akan berakhir juga blog nie bila dah mula sibuk...
ReplyDeleteapa lagi...jana ekonomi thru nuffnang la...letak kat blog ni
ReplyDeleteapa tu nuffnang? bagi tau sikit mana tau kaya dari pelajar ku yang bz berniaga macam-macam dalam blog
ReplyDeletenuffnang tu iklan tepi2 blog tu cikgu.. tapi lambat larr dpt.. kena tunggu org klik kita dpt duit.. hehe
ReplyDelete