23 December 2011

Pelajar Universiti Malaya

Hari ini bermulanya status sebagai seorang pelajar universiti malaya.. tapi ada citer antara UM ngn USM...

13 December 2011

Program Latihan Perguruan Guru Pusat Bimbingan Alternatif di Sabah










Kolaborasi IPG Kampus Kent dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) telah mengadakan Program Latihan Perguruan Untuk Guru-guru KAFA 3M di BTPN Sabah dari 12-16 Disember 2011.

3 December 2011

Tompurinazou


Tompurinazou


Pagi-pagi lagi sebelum matahari menunjukkan sinarnya, aku mundar-mandir di tebing sungai Tambulion, menantikan kehadiran Tompurinazou, sang serangga bersayap empat yang mendiami kawasan pendalaman berkabus, sejuk serta sunyi ini. Dari tebing sungai ini, berbalam-balam terbentang Banjaran Crocker yang membentuk sebuah gunung bernama Aki Nabalu ("the revered place of the dead"). Sinaran mentari pagi menjengah dicelah-celah banjaran menampakkan kilauan emas, perak disaluti putih kabus. Sejuk mata memandang, sayu hati mengenang. Dari gigi air kedengaran sayup-sayup suara tuninipot sedang mengalun merdu simforni alam, membentuk irama rimba yang penuh kesyahduan. Sesekali ditingkah suara bangkatan yang agak garau memecah kebeningan pagi di Lembah Pinokok (Pinokok Valley).

Tompurinazou


Tompurinazou

Lembah Pinokok, Sabah

“Hari ini, aku disini bersama-sama pelakar-pelakar warna alam yang membentuk citra warna anak bangsa. Jauh di sudut dunia Tapi, mengapa lakaran tidak membentuk lukisan yang sama? Mengapa warna ku sering disisihkan wahal warna itulah yang sering digunapakai sebagai penambat seri lukisan alam?” aku meluahkan kebukuan perasaan yang tersimpan sejak sekian lama.

Tompurinazou


Kuala Lumpur, Mei 1998

Aku tergopoh-gopoh menuju ke lif, menumpang naik ke pejabat yang tertera alamatnya dalam surat yang ku pegang. Pegawai yang menandatangani surat ini harus aku temui. “Mesti ada kesilapan”, getus hatiku. Sesungguhnya surat yang baru ku terima ini amat merisaukan. Mengapa perlu aku? Bukankah aku sudah menolaknya. Malahan aku sanggup mengeluarkan tabungan ku untuk membayar yuran pengajian serta sara hidup sebagai pelajar selama setahun. Atas alasan, aku tak ingin perkara ini terjadi. Tapi bagaimana mungkin ini terjadi.
         Gerak langkah ku disusun mengikut tempo, kekadang aku berlari-lari mencari-cari bahagian pejabat serta nama pegawainya. Mata ku liar membaca setiap tanda arah. Masalah ini perlu segera diselesaikan!

emmm... terpaksa delete dulu sbb ini belum siap sepenuhnya lagi.....

28 November 2011

Pencarian

Salam.. Hari ini, aku dtg semula Ke IPG Kent untuk menyiapkan tugasan Akhir Dan juga kerja2 rutin yang belum selesai. Janji pada tahun baru hijrah ini, tugasan perlu diselesaikan bg memastikan tugasan baru dapat dilaksanakan dengan Cemerlang
Sinaran Baru "Aki Nabalu"

Bermulanya "hijrah"

Tanggal 25 november 2011, aku bergelar seorang pelajar d IPTA dalam negara.

Cerita suka duka KIK

Adat bertanding tak selalunya yang dhajati Kita dapat

Cerita Suka Duka KIK

Salam.. Adat bertanding tak semua dapat apa yang disasarkan. Cerita sedih bila diumumkam..

11 November 2011

Mana Satu?

Dalam beberapa minggu ni, amat sibuk dan dihampat pelbagai tugasan..mampukan aku selesaikan segalanya?

10 November 2011

Antologi Sayembara Menulis Cerpen Majlis Guru Cemerlang Malaysia


Alhamdulilah.. percubaan pertama untuk menulis membuahkan hasil yang tidak dijangkakan, Cerita "Tuninipot" berjaya memenangi Hadiah pertama dalam sayembara ini. Ini luar jangkaan disebabakan ia hanyalah sebuah cerita yang berkisar kepada kisah bagaimana aku menjadi guru. Persepsi berbeza dari pembaca mungkin membuatkan penulisan ini menarik perhatian panel hakim Prof Dr. Mohammad Salleh Rahamad (Universiti Malaya) dan S.M. Zakir menobatkan cerpen ini sebagai pemenang. Syukurlah..

7 November 2011

Anugerah Emas (Johan) Pertandingan Inovasi Pedagogi Kebangsaan 2011

Pertandingan Inovasi Pedagogi Kebangsaan bersempena Konvensen Kebangsaan Pendidikan Guru yang berlangsung selama 30 Oktober - 2 November 2011 di AFamosa Ayer Keroh Melaka sekali lagi melakarkan sejarah buat Kerjaya ku sebagai seorang guru apabila menerima Anugerah Emas dalam pertandingan tersebut dengan mengalahkan 36 penyertaan lain. Syukur segala usaha ku selama ini mendapat pengiktirafan. terima kasih buat yang sama-sama membantu menjayakannya

1 November 2011

kualiti?

cikgu..
berkualitikah kita?
ramai sedang berkata-kata, ke manakah hilangnya kualiti ?

Cikgu
Bagaimana kita menilai?
perlukah kita mengorbankan kualiti hanya untuk menjaga nama?

Cikgu
kita dikatakan telah membunuh beribu murid
hanya kerana pengajaran yang tak berkesan?

Cikgu
kalau kita buat 30 slide untuk mengajar, kita bukan pengajar berkesan
bagi aje pelajar kita membaca kalau begitu

cikgu
kita seperti belon, hari ini besar dan cantik
tapi esoknya "kempis" kalau tak ditiup setiap hari
namun jika masih "kempis" maka eloklah dibuang


Forum Ekpektasi Kualiti Guru

pandangan terhadap guru kini menjadi perdebatan dalam kalangan profesional sekarang. Benarkah guru kini tidak berkualiti? Perlukah kita membunuh seorang guru yang tak berkualiti bagi menjaga kepentingan 30 orang murid dalam sebuah kelas.

30 October 2011

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011

Perjalanan yang cukup mencabar untuk menyertai konvensyen ini. memulakan perjalanan jam 7.30am.. tapi kena menunggu di KLIA bermula jam 2.00pm sehingga jam 7.15pm baru ada bas yang datang menjemput untuk ke A'Famosa Resort Melaka. Cabaran dah bermula sebelum cabaran sebenar bermula: Pameran Inovasi IPG.
Pesan pada diri, jangan cepat melatah, senyum bila lihat tapak pameran masih belum tentu ujung pangkal. bahan belum tentu mau ditampal di mana. Cabaran lagi bermula, hanya satu meja yang disediakan cukup-cukup untuk meletakkan satu komputer riba. Satu papan kenyataan yang kecil cukup untuk 5-6 kertas A4. Sekali lagi Cabaran bermula, inovasi katanya. Tapi kenapa pulak, perserta lain dapat petak yang lebih besar, papan kenyataan yang lebih banyak, meja lebih dari satu? Cabaran katanya.. "Aku kena berfikir secara positif". Terimalah hakikat untuk pengalaman yang pertama, maka bersedialah dengan segala kemungkinan. Buat yang terbaik dan setakat termampu.

19 October 2011

PEWASITAN, ETIKA, UNDANG-UNDANG DAN HAKCIPTA

Apa itu Pewasit? emm pakar dalam bidang-bidang tertentu untuk menentukan kualiti sesebuah karya. Persoalannya adakah semua penulisan boleh diwasitkan? Jurnal, Buku Ilmiah, serta buku trade, buku teks. Kadang-kala rasa gerun jua nak menulis sebab ada kalanya apa yang ditulis tu dapat dari bacaan di internet dan lain-lain jadi, susah jua nak tentukan pemiliknya, bila ditulis dan kita ubahsuai tetiba ada yang mengaku itu idea asalnya! jadi bagaimana?
Mampukah aku untuk menjadi seorang penulis? nak taip satu muka surat pun dah merujuk beberapa buku dan adakalanya tak tertulispun walau satu ayat. emm cabaran besar buat aku masa ini? Doakan aku berjaya untuk menghasilkan buku penulisan. 

Kursus Pemindahan Hasil Penyelidikan Kepada Penulisan Ilmiah

salam.
Agak lama tidak menulis dalam blog nie. Beberapa minggu berlalu dengan tugasan yang kian mendesak dan menemui titik penamat. Mesyuarat Editorial Jurnal menagih komitmen pada tahap maksima apabila saya terpaksa menyiapkan editing 2 jurnal Inovasi Pedagogi dan menyiapkan 2 Jilid Buletin Tompinai. Tugasan ini perlu disipakan dalam masa seminggu berlangsungnya mesyuarat. alhamdulilah selesai cuma masih memerlukan pemurnian sebelum pencetakan dilaksanakan.


Dalam kesuntukan masa yang begitu, saya terpaksa mengurus satu Pertandingan Inovasi Pedagogi Guru Pelatih bagi guru pelatih PISMP semester 6 dan semester 8 serta KLPI. Bayangkan dengan seorang diri, terpaksa mengurus dari urusan surat menyurat sehinggalah kepada hari pertandingan. 


Hari memulakan kursus pemindahan  hasil penyelidikan kepada penulisan ilmiah. Bersyukur kerana fasilitator amat berpengalaman dalam membimbing teknik serta cara memindahkan bahan penyelidikan ini untuk dijadikan buku komersial. semoga dengan usaha ini dapatlah semua hasil penyelidikan dapat naik taraf sebagai buku dagang dalam pasaran.

29 September 2011

Bila Cikgu mula berkata-kata...

Kita Cikgu

Sekali melangkah, awasilah perwatakkan
sesekali berhujah, aturlah tutur kata

Kita cikgu
Dalam senyum, ada teguran
Dalam gerak-tari, ada kiasan
Usah mengeluh, tak kala dilupakan
Usah menghitung, dikala ceria

Kita Cikgu
Alif, Ba, Ta
Melakar lanskap peradaban bangsa
A, B, C
Mewarnai pentas anak-anak dunia

Kita Cikgu
Di mana-mana jua
Ke mana-mana saja
Bakti disemai
Budi disanjung
Kitalah cikgu

*coretan buat yang bergelar cikgu....


28 September 2011



hari nie dalam kesibukan kerja menyiapkan pelbagai tugasan akhir, ada plak lagu yang sedap untuk dikongsikan bersama.. jom sama2 kita dengar...

25 September 2011

KEER II

Buat kali kedua, saya berusaha bersama-sama Jabatan Sains dan Matematik untuk menganjurkan KEER II, sebenarnya program ini nak dijalankan pada semester I lagi namum kekakangan masa mendesak menyebabkan ianya dianjurkan pada semester ini. Jika KEER I sebagai projek rintis telah dijalankan dengan jayanya dalam kampus sahaja. kali ini, saya dengan jawatankuasa penganjur merancang untuk menjalankannya di sekitar pekan Tuaran. Sesungguhnya usaha mendidikan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar tidak terhad dalam kampus sahaja. Alhamdullilah, berkat kesabaran urusetia pelaksana dengan bimbingan Pn Ainon, program KEER II dapat dijalankan dengan jayanya. Cuma saya agak terkilan kerana tak dapat mengikuti keseluruhan program ini disebabkan terpaksa membawa pelajar JPP mengikuti program Jejak Kent di SK Kolombong Inanam. hanya cerita-cerita dari mulut ke mulut, dari telinga ke telinga dapat saya curi-curi dengar tentang penganjuran KEER II ini, rata-rata berpuas hati dan gembira dengan aktiviti ini.  emmmm tunggu saya risik2 lagi kalau ada gosip-gosip panas tentang program KEER II ini, boleh semabung menulis. maklumlah, ada kita nie "bila rumah dah siap, pahat masih berbunyi-bunyi", tp sebagai guru kita perlu ambil positif bunyi-bunyi tersebut sebagai penambahbaikkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya itu pegangan guru, membuat refleksi bagi setiap yang dijalankan sebagai agenda pembelajaran sepanjang hayat.

16 September 2011

nak menulis... tapi

beberapa kali ada usaha nak memulakan penulisan cerita-cerita kawan-kawan guru yang akan berpindah atau yang akan menyambung pelajaran cuma.. belum sempat-sempat.

15 September 2011

11 September 2011

terima kasih

menatap wajah2 pelajar saya, terasa cam baru semalam baru melaporkan diri di kent.. kini dah hampir 3 tahun berada di kent.. "terima kasih PISMP Kajian Sosial Jan 2011 yang berusaha untuk menganjurkan majlis meraikan pensyarah2 yang akan berpindah. terharu atas kesanggupan kamu untukmengurangkan sikit belanja poket bg menganjurkan majlis yang memakan belanja yang begitu banyak. emm nanti la sambung

10 September 2011

Sesekali melawat...

Sebagaimana tradisi sebelumnya, melawat Dan dilawati pastinya menemukan Kita kepada suatu persoalan!

8 September 2011

Songkek Tenunan, Lipatan Kasih

Semalam, sekali lagi menerima kejutan: Undangan ke majlis doa selamat dan tazkirah maghrib di Surau Nurul Yakin, IPG Kampus Kent. Mulanya ia bukan sesuatu yang aneh atau ganjil untuk terkejut, tetapi menjadi kejutan apabila diselitkan dengan penghargaan "3 dalam 1". Majlis Persaraan En Lupian Saruji, Majlis Perpisahan/Perpindahan Ustaz Abdul Satar dan Majlis Meraikan Cuti Belajar Pensyarah Kent. emmm ni yang kejutan, begitu tinggi tanda ingatan dan terima kasih yang diberikan oleh JAPIM dan Jawatankuasa Surau Nurul Yakin buat kami. Cuma... bagi saya belum tentu lagi.... saya masih mengharap kenaikan pangkat DG52 (Pensyarah Cemerlang) tambahan pula belum satupun tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti diterima. Namun niat saya agar:
                       biarlah hilang tanpa disedari, tak terasa kehilangannya
                      biarlah pergi tanpa diketahui, tak terasa keperitannya
                     biarlah langkah tanpa dijejaki, tak terasa kesakitannya
                     biarlah tolak tanpa dikesani, tak terasa kepenatannya
                     biarlah tinggal tanpa diingati, tak terasa kesedihannya
Walau apapun, terima kasih saya rakamkan buat Ustaz Fauzi dan Warga JAPIM serta Jawatankuasa Surau Nurul Yakin atas majlis penghargaan yang dianjurkan. Cuma Songkek Tenunan, Lipatan Kasih sebagai tanda ingatan belum masanya untuk saya terima.

7 September 2011

Bila kita mengajar......

Sesuatu yang tak diambil endah, ada kala ketikanya ia perlu diberi perhatian sebenarnya.
          Bila kita mengajar, ajarlah dengan hati, walaupun yang diajar tiada hatinya belajar
             Bila kita mengajar, ajarlah dengan rasa tanggungjawab, walaupun yang diajar tiada menjawab
             Bila kita mengajar, ajarlah dengan intergriti, walaupun yang diajar meninggi diri
Pesan ini buat diri, setelah mengharungi 13 tahun dunia pendidikan, bermula dari sekolah dan kini berada di IPG yang bertanggungjawab melatih bakal guru. terasa bezanya bila kita mengajar. mampukah pesanan ini terus menjadi azimat buatku?

6 September 2011

ePerolehan

kepesatan teknologi kian mendesak guru-guru terlibat sama. adakah kita punya pilihan sekiranya segalanya mula berubah sama ada dari segi gaya pengajaran mahupun pengurusan. maka bermulalah era baru buat saya untuk mengikuti kursus kewangan yang melibatkan pengurusan menggunakan perisian ICT

Nak aktifkan pelajar atau jaga-jaga pelajar

Banyak benda yang perlu difikirkan... Dalam usaha menjayakan hasrat FPK dan FPG untuk menghasilkan guru yang kompeten, perlukan kita menghadkan pergerakan pelajar atau mengawasi aktiviti mereka atau sekadar memenuhi keperluan yang Ada dalam kurikulum sahaja? Boleh Kita fikir2kan bersama?

25 August 2011

Selamat Hari Raya

Pastinya semua Akan berebut-rebut untuk pulang berhari raya di kampung. Kemerihan mula terasa bila masing-masing merancang untuk pulang Ke kampung.. Bagi yang bekerja, pastinya Akan mula mencari alasan untuk bercuti awal ataupun untuk memanjangkan cuti. Cuma satu, pastikan ia tidak menjejaskan urusan yang de arid ya dilaksanakan. Cikgu-Cikgu disekolah dah mula memesan
Kepada ajak muridnya:"lepas raya, jangan lupa bawakan kuih raya, Kita buat jamuan raya". Tapi kini bila saya dah mula berada di institusi Pendidikan guru, kenyataan itu tak mungkin lagi, sebab situasi dah mula berbeza.Sebaliknya, aku pulak yang dipesan Pelajar agar membawa kuih-kuih dari kampung! Kekadang rasa pelik juga sebab Ke manakah hilangnya adat berguru? Apakah yang membezakan adat berguru dulu dengan sekarang? Walau apapun masih ada jua pelajar-pelajar saya yang mengekalkan "adab berguru kepalang ajar, dapat rusa berbelang kaki..." Kita faham, tak pernah terselit di hati seorang guru untuk meminta sebaliknya, guru sentiasa berusaha untuk memberi. Jadi,usah pulak Ada yang terasa, sekadar mengingatkan diri agar mengekalkan adab berguru tambah-tambah menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri ini..

23 August 2011

Caramel (ˈkærəmɛl/ˈkɑrmə)

Bahan 1 : 8 biji telur + aisen vanila + secubit garam di blander sebati kemudian tambah 1 tin susu pekat/cair (kecil) + (1 tin air +  1 sudu tepung jagung)
Bahan 2 : Cairkan 4 sudu gula pasir atas api yang sederhana sehingga perang dan sejukkan
Tuangkan bahan 1 ke atas bahan 2 kukus selama 25 minit.

Jom kita cuba-cuba untuk berbuka nanti!



Lempeng Kelapa vs Pizza


22 August 2011

Ayam Percik vs Ayam Rendang

Apabila melewati pasar ramadhan, pastinya kita akan disaji dengan pelbagai juadah: Ayam percik atau Ayam rendang. Kita mempunyai pelbagai pilihan namun dalam dunia ini, kadang kala kita terperangkap dalam pilihan yang sememangnya tiada pilihan. Semua nampak seperti adanya pilihan namun adakah pilihan untuk aku? Ayam percik sedap juga, boleh makan sambil santai Dan membakar, namun klu aku pilih ini keadaan ketidakpastian disebabkan jika salah membakar, hangus dan pahit untuk dimakan, namun dalam jangka masa yang diberikan aku yakin mampu untuk membakarnya dengan baik. Tambahanan pula, dalam proses mambakar ini, aku berpeluang bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi... Jika aku memilih Ayam rendang, memang sedap untuk dimakan bersama dengan ketupat. Sabarkah aku untuk menanti masakan Ayam rendang yang memakan masa begitu lama.Tambahan pula bahan-bahannya sangat banyak Dan rumit. Adakalanya ia akan menagih komitmen masa yang panjang sehinggakan ia boleh menyebabkan Sukar untuk aku berinteraksi dengan keluarga Dan rakan. Mampukah untuk aku bertahan? Dalam keadaan dapur yang semakin panas dan sempit ini, ketahanan mental dan emosi sangat diperlukan.

19 August 2011

Nak dijadikan citer....

Jika dulu, masa mula-mula nak jadi pensyarah ini, penat jua perjalanannya. Banyak jua pengalaman yang perlu ku tempoh. Namun peristiwa tu dah ku tinggalkan 3-4 tahun yang lepas. Hari ini semasa mengemas-ngemas barangan dan kotak-kotak dalam stor, kenangan pertama kali datang untuk melapor diri di IPG Kampus Kent kembali mekar dalam ingatan. Betapa sukarnya untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana baru serta pengalaman untuk mencari tempat tinggal di Kota Kinabalu. Surat 'Arahan Pindah" ku terima pada 16 Disember 2007. Sesungguhnya apa yang hati kecil kita pernah terlintas, pasti berlaku. Dulu semasa di sekolah, apabila meraikan rakan-rakan yang dapat berpindah ke Semenanjung, jauh disudut hati kecil ku sentiasa berkata-kata : "Kalau aku nak berpindah, aku nak berpindah pada bulan November atau Disember, tanpa disedari oleh pelajarku, kononnya apabila semester dibuka, aku dah pulang dan tiada di sekolah lagi. tak la terasa sangat kesedihan yang melanda" rupa-rupanya ia menjadi kenyataan. Tiada majlis perpisahan mahupun ucapan perpisahan yang dibuat untuk aku disebabkan aku berpindah pada hujung tahun. Namun aku hanya melaporkan diri pada 4 Januari 2008 atas sebab surat tersebut lewat diterima. Maka aku mohon seminggu untuk aku uruskan penyerahan tugas di sekolah lama. Agak-agaknya nanti di tempat baru adakah aku akan berpindah semasa penghujung semester dan tak diketahui oleh pelajar ku? Maka bermulalah cerita baru......


18 August 2011

Pepatung?

Telah menjadi rutin, setiap jumaat, kami pensyarah2 ni asyik dok berkursus! Kali nie topic tentang P&P abad Ke 21. Jom Kita tengok2 web nie? Apa citer? http://www.thesmartbean.com/magazine/21st-century-skills-magazine/what-are-21st-century-skills/
Tugas Kita sebagai guru ni semakin mencabar dalam dunia Pendidikan kini
Ops Ada lg LPS kedua: Isu Dan Cabaran Pendidikan Kini.
Dah Ada satu lagi LPS... Pehhh 'Lesson Study'
http://www.thesmartbean.com/magazine/21st-century-skills-magazine/what-are-21st-century-skills/
Masih perlu pembacaan yang banyak untuk aku fahami tentang lesson study nie! Dah diberi penerangan namun aku masih tak dapat memahaminya dengan jelas Dan Bagaimana dapat aku aplikasikan dalam pengajaran Dan pembelajaran (P&P) aku? Katanya fokus mesti diberi kepada "how the student learn n not how the teacher teach!

Sesibur

Kini dah masuk minggu2 terakhir di bulan ramadhan. maka banyaklah jemputan untuk berbuka puasa di sana-sini. baik berbuka secara buffet di hotel mahupun di rumah kawan-kawan. Hari ni aku memenuhi undangan rakan satu opis untuk berbuka bersama pelajar ku di rumahnya. Menunya? masih dalam persoalan.. selalunya kawan ku nie rajin masak itik rendang, keli salai masak lemak cili api, daging salai cili api, udang sambai dan ulam-ulaman. jadi untuk menu hari ini masih belum dapat dipastikan. Walau apa pun aku tumpang sama untuk memberi sumbangan bagi majlis berbuka tersebut. maklumlah nak diharapkan untuk buat di rumah ku, belum pasti dengan keadaan rumah yang masih belum terurus gara-gara pemantauan minggu lepas. mau ditambah pula dengan majlis berbuka?

17 August 2011

Tompurinazou

Kerja.. kerja... dan kerja. makin disiapkan makin pulak bertambah kerjanya. Bila dah begini, mulalah memikir bagaimana nak siapakan keja-kerja ni mengikut masa yang ditetapkan. Kertas kerja untuk pembentangan di persidangan ada 4 kesemuanya yang memerlukan masa yang panjang untuk penulisannya. Abstrak dah siap tapi kertas penuh masih dalam penulisan akhir. Bermula minggu ini, semua rakan sejawat akan mula sibuk untuk menyiapkan kertas soalan peperiksaan. Bermulalah penggubalan item dan penyemakan item sebaik sahaja cuti pertengahan semester berakhir. Namun soalan perlu disiapkan sebelum cuti bermula untuk mempercepatkan proses penyemakan. Aku? tak terkecuali. beberapa set soalan perlu disiapkan dan dimurnikan.
Apa yang pelik tentang penggubalan soalan ni? diminta untuk menggubal soalan, tetapi keberangkalian untuk keluar tu kadang kala terlalu tipis, seperti penat saja gubal dan fikir bermati-matian tetapi soalan yang lain yang keluar. Dan lebih pelik lagik yang soalan keluar pulak penuh dengan kesalahan dan kesilapan. Tak marah kalau tak terpilih soalan yang digubal tapi biarlah soalan yang dipilih tersebut benar-benar berkualiti. Emm.. kekadang terasa malu bila tengok soalan peperiksaan yang bertaraf Universiti tetapi mempunyai terlalu banyak kesilapan dan kesalahan baik dari segi ejaan mahupun konsep. Bagaimana? Walau apapun, jika itu tanggungjawab, maka ia perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan jujur. itu adalah prinsip aku. Justeru, biarpun hanya beberapa kali saja soalan aku terpilih untuk digunakan dalam peperiksaan, aku akan terus membina soalan dengan terbaik.

14 August 2011

Ontikul-tikul vs Tompurinazou

Hari ni, keadaan kembali tenang setelah 2 minggu bergelumang dengan fail-fail untuk pemantauan Pensyarah Cemerlang. Namun, ia tidaklah seperti yang diharapkan, atas meja dah ada 3 surat jemputan: Persidangan Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2011; Pelawaan Menyertai Anugerah Inovasi Negara 2011 (http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=view&id=3465&Itemid=1) dan Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011; yang memerlukan tindakan segera. ketiga-tiganya memerlukan komitmen untuk menyiapkan kertas kerja. Persoalannya; mana perlu didahulukan? Bagi yang berminat, apa kata kita sertai Anugerah Inovasi Negara 2011 (http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=view&id=3465&Itemid=1). Hadiah lumayan. Tak salah untuk mencuba. kalah atau menang itu ada pertandingan. Jangan kita kalah sebelum bertanding.
Walau apapun, sesibuk mana dengan tugasan luar,  aku perlu ingat tugas utama ku adalah mengajar di bilik darjah. Ini juga peringatan yang diberikan oleh pemantau aku tempoh hari. Justeru aku perlu buat persediaan untuk kelas esok. Ingat nak buat aktiviti pembelajaran aktif, maklumlah puasa-puasa ini kelas sunyi dan silap-silap akan terlelap semua pelajar ku kalau asyik kuliah aje.
Walaupun pemantauan telah berlalu, pemikiran ini masih lagi memikirkan tentang  pemantauan tersebut. Ada juga kebenarannya dengan apa yang ditegur oleh pemantau tentang komitmen aku dalam kerja di luar bidang tugas yang terlalu banyak seperti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Projek Inovasi Pedagogi Pelatih, BIG, Kokurikulum dan pelbagai lagi yang dikatakan boleh menganggu kelancaran proses P&P aku dalam kelas. Namun, bukan kah kita jua perlu memberi sumbangan terhadap organisasi? Sesungguhnya kecemerlangan organisasi bererti kecemerlangan stafnya. Aku jadi keliru seperti mana aku keliru kini sama ada nak memilih Ontikul-tikul atau Tompurinazou dalam penulisan kedua aku tentang cerita guru: pengalaman seorang guru di daerah Sandakan.

Nak Cemerlang tapi......

Setelah melalui sesi pemantauan Pensyarah Cemerlang, ada satu pengalaman atau pesanan pada diri ku sendiri. hampir 3 hari menilai diri, menilik kekuatan dan kekurangan diri, akhirnya aku menemui sesuatu yang mungkin berharga buat guru lain sekiranya ingin memohon Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang. Walau apa yang kita buat, baik penyelidikan, inovasi, bahan bantu mengajar, penulisan mahupun aktiviti pastikan segalanya bertitik tolak dari kepakaran kita dalam bidang kita. Bahasa mudah, jika aku guru ekonomi, segalanya mestilah dalam skop lingkungan bidang ekonomi. Selama ini aku buat mengikut keperluan atau organisasi atau pun juga ikut rakan-rakan sehingga aku sendiri lupa bahawa aku seorang guru ekonomi yang perlu memahirkan diri dalam bidang kepakaran ku. 

Aku menyedari hakikat ini apabila aku diminta untuk membuktikan usaha-usaha aku dalam bidang TMK, maka aku nyatakan bahawa aku ada terlibat dalam menyumbang artikel dan bahan ke dalam laman web Majlis Guru Cemerlang Sabah (http://mgcsabah.com/) terutama arikel berkaitan Ekonomi Asas dan Ekonomi STPM, aku juga bertindak sebagai admin dalam laman web Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Kent (http://www.ipkent.edu.my/jppp) dan pastinya semua pensyarah IPG Kampus Kent ada menyumbang kepada laman web Mykent LMS segala bahan P&P serta kertas tugasan yang boleh dimuat turun oleh guru pelatih. Namun semua laman web ini tidak diterima. "Ada laman web yang kamu bangunkan sendiri dan bukannya menjadi admin atau penyumbang bahan sahaja" tanya pemantau tersebut semasa sesi temuduga. Justeru bolg ini menjadi penyelamatnya walaupun ia baru bermula. Justeru aku menyedari bahawa, guru kini jika ingin cemerlang ia bukan sekadar cemerlang dalam bilik darjah tetapi jua memilik kemahiran ICT yang seiring dengan peredaran zaman. Jadi, apa lagi mulakan sekarang bangunkan laman blog yang mungkin boleh menjana pendapatan jua, seperti kata pelajar ku, "cikgu, buat blog untuk jual barang, banyak lagi untungnya.." Rupanya pelajar-pelajar ku nie lebih memiliki semangat keusahawanan berbanding cikgunya yang mengajar ekonomi.

13 August 2011

Lagi Citer Nak Jadi Pensyarah Cemerlang Part IV

Sebaik saja selesai sesi P&P, aku harapkan segalanya selesai. "Kita sambung dengan semakkan Dokumen! " dengan nada tegas salah seorang pemantau bersuara. Aku hanya mampu tersenyum. Fikir ku segalanya dah selesai, namun masih ada sambungan. Sebaik saja duduk dalam bilik temuduga, aku diminta mengemukan beberapa dokumen untuk menyokong permohonan aku. Seperti yang pertama tadi, aku terpaksa memunggah dan mencari fail-fail berkenaan untuk aku kemukakan dokumen-dokumen yang diminta. "Ini bukan modul!" kata pemantau kepada ku setelah aku mengemukakan modul yang aku tulis untuk JPN Sabah. "Kamu tau ka, apa itu modul?' sambungnya lagi. Lebih baik berdiam diri daripada memanjangkan lagi perdebatan ini. Kalau sudah dikemukakan contoh modul, sijil penghargaan panel penulis modul juga tak diterima, keputusan ku berdiam diri lebih baik. Setelah memberi huraian panjang lebar tentang modul, pemantau tersebut meminta aku untuk menunjukkan  sijil-sijil yang membuktikan bahawa aku telah melatih guru-guru dalam bidang ekonomi? "Ada apa-apa dokumen lagi yang kamu mahu kemukakan untuk menyokong permohonan kamu?' tanya pemantau setelah berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang dipinta. Dengan pantas aku menjawab, "tiada lagi tuan, kalau saya cakap, kena ada bukti sedangkan saya dah tak mampu mencari dokumen-dokumen tersebut dalam timbunan fail yang bersepah-sepah ini."

Seterusnya temuga aku memasuki fasa akhir iaitu soalan pengetahuan am, sekali lagi dalam keadaan kepenatan, keletihan berpuasa, aku diajukan dengan soalan aras 'pengetahuan' dalam taksonomi blooms, "SPI BIL 3/1999?" tanya pemantau dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Aku terdiam seketika, dah lama aku tinggalkan sekolah, aku berbisik sendiri, "emm Penyediaan Rekod Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan" balas ku. "Boleh perincikan apa yang diperjelaskan mengikut SPI tersebut?". Aku menjelaskan butiran yang terdapat dalam surat perkeliling tersebut secara terperinci. "Baik, SPI Bil. 4/1986 ?" . Aku cuba sedaya mungkin untuk menjawab, bilangan 4?.... "emmm Pengurusan Panitia Mata pelajaran" jawab ku dengan tergagap-gagap dan ketidakpastian.  "Baik...." belum sempat pemantau itu menghabiskan ayatnya, aku terus mencelah, "tuan, dalam lama saya tinggalkan sekolah, sekarang ni kalu tanya saya LAM-PT09-03 atau LAM-PT05-1a atau LAM PUS14, saya ingat la, sebab pengurusan IPG Kent menggunakan MsISO  dalam pengurusan dokumen". Lalu dia beralih kepada soalan NKRA. Sekali lagi soalan aras pengetahuan taksonomi blooms diajukan. Aku cuba untuk menjawab sedaya yang dapat namum, adakalanya terlalu mustahil bila ia mengkehendaki aku menjelaskan butiran dalam setiap sub bidang NKRA secara terperinci. Walau bagaimanapun aku berjaya menjawab beberapa sub bidang dengan terperinci dan jelas statistiknya. Nak tau rahsia kenapa dapat jawab? Kerana aku pernah membaca dan menghafal semasa terlibat sebagai Panel Penemuduga SPP. 
Walau apapun, setelah melalui sesi ini, aku hanya mampu berserah dan bertawakal, sesungguhnya jika ada rezeki aku, maka ada la. Bukan apa jika dulu aku dipantau jua untuk Gred Guru Cemerlang DG48, DG44, tapi tidak lah sehebat DG52 ini. Biarpun dah hampir 10 kali kena pantau dan selia, setiap sesi pemantauan mempunyai keunikan tersendiri. Terima kasih atas pengalaman berharga yang diberikan. Bila dikenang-kenang amat melucukan biarpun pada awalnya terasa sangat marah jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain, aku kena paling teruk. Cuma satu, aku telah melakukan yang terbaik dan itulah aku; "ada kekuatan di sana sini namun pasti jua ada kelemahan disetiap penjuru"

citer nak jadi pensyarah cemerlang Part III

tak kurang hebatnya jua citer kelam kabut n nervous nak di selia P&P. rasanya gini ka bila cikgu kata "saya nak pegi menyelia praktikum kamu ari ini?" sebaik saja selesai part I temuduga menyemak dokumen aku diarahkan untuk bersiap sedia untuk mengajar di kelas. Suasana menjadi kecoh apabila aku mencari di mana beg komputer aku letakkan. asalnya aku letakkan di Bilik Kualiti, namun setelah dua kali memusing dan mencari seluruh bilik, aku gagal menemuinya. Aku buat 4 kali panggilan telefon kepada rakan ku setelah aku ingat dia org terakhir yang pegang beg komputer aku pagi ini. namun panggilan telefon aku tidak disambut olehnya. aku makin gelabah..."mati laa, aku hanya bersedia mengajar menggunakan LCD" aku duduk termenung di bangku di luar bilik kualiti; 'dimana lagi yer?" aku terus memanggil pelajar untuk mencarinya di pejabat aku di jabatan penyelidikan dan inovasi, sekali lagi hampa, jam dah 10:15 pagi, bermakna sudah 15 minit pemantau itu menunggu aku bersedia. opss.! mesti bawah meja dalam bilik VVIP (bilik temuduga ku). sangkaan aku tepat sekali apabila aku mengetuk pintu bilik dan masuk untuk mencari beg komputer ku.
Sesi P&P bermula, terasa nada suara ku bergetar2. emm aku nervous ka? pelajar memerhati aku dengan pandangan sinis, ada yang tersenyum simpul, aku cuba untuk bergurau bagi menghilangkan rasa gemuruh. ternyata berjaya, set induksi ku gagal seperti dirancang, lain yang ku harapkan, lain pulak yang diberi jawapan oleh pelajar ku, otak ku ligat memikirkan bagaimana nak masuk topik yang ingin ku ajar. setelah 10 minit berlalu ternyata aku dapat kembali rentak mengajar dengan baik, bermula dengan kaedah koperatif aku terus menjalankan aktiviti kontekstual dan seterusnya meminta pelajar ku untuk menjalankan aktiviti kumpulan. ternyata masa makin berlalu makin lama, aku jangkakan sejam tetapi kini dah melewati 1 jam setengah, pelajar-pelajar aku masih asyik dengan aktiviti pembentangan  bertema. nak aku hentikan pembentangan risau pula kena tegur, nak ku teruskan aku nampak wajah berkerut dua pemantau. apa yang harus aku lakukan? aku dengan wajah yang selamba, meneruskan aktiviti sehinggalah terdengar satu suara, "boleh buat penutup" celah pemantau.. aku tersenyum, aku minta pelajar ku membuat rumusan pembentangan dan diajukan beberapa soalan pengukuhan dan pengayaan. syukur aktiviti P&P ku tamat walaupun ia tidak seperti yang aku harapkan. keadaan pengajaran aku tidak sebaik yang aku harapkan. Apapun.. terima kasih buat kelas PPISMP BM (SJKC) yang banyak membantu proses P&P ini. Keceriaan kelas tetap seperti yang diharapkan.

12 August 2011

citer nak jadi pensyarah cemerlang Part II

Hari yang di tunggu pun tiba, tepat jam 9.00am, tetamu yang ditunggu-tunggu sampai. selepas jumpa timbalan pengarah maka aku membawa dua orang penilai untuk ke Bilik Kualiti, dalam bahasa mudah bilik temuduga laa... di sini ada 4 orang calon Pensyarah Cemerlang akan di audit segala failnya. menjengah saja muka pintu, aku perhatiakan, wajah pemantau pertama aku, terus berubah, dia berjalan mundar mandir dalam bilik dan terus berkata, "boleh cari bilik lain?" kelam kabut KUKP dan timbalan pengarah bila diajukan sedemikian. salah seorang dari pemantau mencelah, semalam lagi ramai ada 10 orang dalam bilik nie yang diaudit.

kita perlu bilik yang tak ada orang sebab banyak perkara yang perlukan penjelasan. Aku akur dengan permintaannya. Atas arahan KUKP kami bergerak ke Bilik VVIP sebelah bilik pengarah. bayangkan puluhan fail serta BBM yang mencecah hampit 10 kotak perlu dibawa turun ke bilik VVIP tersebut... mujurla ada pelajar dan staf yang saling membantu namun, mereka hanya mampu menangkat dan melambakannya di atas meja. terima kasih... namun dengan timbunan puluhan fail yang berselerakkan aku di ajukan pelbagai soalan dan diminta menunjukkan pelbagai dokumen. sukarnya untuk aku mencari dokumen-dokumen tersebut di dalam fail yang telah berselerakkan: ada dibawah meja, ada atas meja, atas sofa, atas kabinet, atas almari. ada beberapa dokumen aku gagal untuk mencari dan menunjukkan bukti. bukan tak ada tapi dalam timbunan fail yang berselerakkan. tak mungkin aku dapat menemuinya lagi. aku pasrah dan menyatakan "maaf, saya tak mampu cari surat tersebut"
Ia tidak terhenti di situ, pelbagai jurnal atau penulisan aku dia minta aku tunjukkan, bagaimana mungkin kalu diajukan jurnal IP kent: " emm tak ada peringkat IPGM?".. maka aku tunjukkan jurnal IPG Tawau; "emm tak ada jurnal lain?" ajunya lagi.. maka aku ambil fail yang mengandungi semua jurnal yang ada penulisan aku, aku surung ke hadapannya. "tak ada pun yang antarabangsa?" aku kelu lidah..ku gagahi untuk menjawab "tuan, saya tak ada peringkat antarabangsa! bahasa inggeris saya teruk. laras bahasa inggeris saya tak seperti penulisan jurnal antarabangsa. kalu antar pun kena reject awal-awal"
" Mana bahan inovasi yang kamu hasilkan?" dengan pantas aku mengambil beberapa kotak bahan inovasi pedagogi yang aku sendiri hasilkan untuk mengajar di kelas. "ini bukan bidang!, ini juga bukan bidang!.. tunjukkan saya yang dalam bidang ekonomi?" tapi semua ini mendapat pengiktirafan sama ada kebangsaan atau negeri Sabah" balas ku. dengan nada yang tegas:"saya mau yang hanya bidang kepakaran kamu? ada tau tidak?" musnah, selama ini aku menghasilkan bahan-bahan inovasi untuk organisasi aku saja. hanya satu saja bahan yang aku buat khusus untuk ekonomi. maka aku pun tunjukkan kepadanya. " satu saja? tak aa pengiktirfan?" tanya pemantau itu bertubi-tubi. ada hanya di peringkat Negeri Sabah". namun dia tidak mau menerima. baginya aku perlu hasilkan bahan Inovasi dalam bidang kepakaran ku dan mendapat pengiktirafan. Aku pasrah.. memahami bahawa, lain pemantau, lain pula spesifikasi yang dikehendaki? dulu aku dipantau, ia minta semua sumbangan yang aku buat diluar.. ini mau sumbangan dalam bidang kepakaran? Cemerlangkah aku jika begini?

bersambung esok.. citer dipantau di kelas!



11 August 2011

cerita nak jadi Pensyarah Cemerlang...?

Untung nasib, ajal maut, jodoh rezeki.... semuanya ketentuanNya. Setelah seminggu lebih bergelumang dengan puluhan fail, surat-menyurat, sijil, dokumen untuk 3-4 tahun tahun kebelakang.. akhirnya hari yang dok tunggu-tunggu sampai juga. 50 fail yang terdiri dari pelbagai bahagian seperti Portfolio Akademik, Fail Kursus, Fail Sumber Pendidikan, Fail Kolaborasi, surat menyurat, surat lantikan dan banyak lagi yang semua bahannya bermula 2008-2011 siap dikemas kini. Untuk menyiapkan fail-fail ini, aku hanya tido 2-3 jam sahaja sehari. Mencabar sungguh, hampir satu rumah, opis penuh dengan fail serta kertas-kertas dokumen yang perlu diasingkan mengikut failnya. tetapi berjaya juga kemaskan dan jam 6petang 10 Ogos, fail cantik tersusun atas rak n meja kemas dengan semua bahan dan dokumen yang perlu untuk di audit. Senyum puas aku bila menyaksikan segalanya kemas dalam keadaan yang sepatutnya. Fail-fail juga dalam keadaan yang kemas didalamnya siap dengan pembahagia bagi setiap komponen.





Kisahnya pun bermula pula episod baru! (sambungnya... nanti)

9 August 2011

Patutka dimarah?

sedihnya... bahan yang aku simpan untuk 7 tahun ari nie rosak dengan seminit aje akibat kelalaian aku sendiri. sudah la itu satu-satunya salinan yang aku ada. Bahn tu merupakan Cd pertama aku hasilkan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan KPM tahun 2004. Ia merupakan bahan yang telah memenangi Anugerah Guru Inovatif 2003 yang buat pertama kali aku buat dan menang tp ari ni Cd tu aku dah terpatahkan. sudah la ia tak ada salian lagi. setakat nie dah aku cari seluruh Sabah di PKG, BTP Sabah, Sekolah tp tak ada.. sedangkan ia telah diedarkan pada tahun 2004. namun aku sendiri hanya ada satu salinan yang draf asal. tp satu-satunya draf itu dah rosak dan tak dapat diselamatkan lagi. patut ka dimarah?Tp.. mujur ada penyelamat yang bagi link nie.. ada la simpanan. tengok-tengok la bahan inovasi yang pertama saya menang 2003 Jejak Ekonomi dan CD dihasilkan dan diedarkan tahun 2005.

http://eduworld.com.my/page.php?14
http://eduresos.my/


Dua-dua web nie ada inovasi pertama yang saya hasilkan..
Syukur masih ada lagi nak tengok-tengok dan kenang-kenang pengalaman melalui Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan buat kali pertama.


8 August 2011

Jika itu la....

awal-awal pagi, aku dikejutkan dengan SMS daripada bos yang mengucapkan "good luck in the pemantauan PC tis week. You can do it. Showcase your strength and the campus excellece. Kita doakan kejayaan". emm sungguh prihatin ketua jabatan jika begini. sentiasa menjaga kebajikan serta  memberi dorongan serta sokongan dalam pelbagai keadaan. jika itu la, tak salah aku bersusah payah mengemas itu dan ini, tido sekadar 3-4 jam saja sehari semata-mata mau pastikan semua bahan untuk pemantauan siap dan tiada masalah. Sekali lagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari IPGTB, ingat pemantau dah ada di Sabah, dan akan dipantau tadi. jika itu yang terjadi, pastinya aku paling kelam kabut, mujurla ia hanya untuk memberitahu tenang dia akan datang untuk memantau P&P pada hari khamis. jika itu la, maka sempat la aku menyiapkan serba sedikit kerja-kerja yang belum siap-siap lagi...

7 August 2011

Susun sana Susun sini

Bila mula mengemas dan menyusun sana sini, mula la nampak itu, nampak ini, barang-barang yang begitu lama pun boleh jumpa semula. Sesekali terusik gak kenangan mula-mula menapak kaki di bumi Sabah ni. Dalam asyik menyusun bahan-bahan inovasi pedagogi, aku jumpa semula gambar-gambar mula-mula terlibat dalam buat inovasi ini. Susah payah menghasilkan bahan inovasi, bersengkang mata menyiapkan semua dokumen untuk dinilai oleh pemantau. mujur masa tu ada kawan-kawan yang begitu baik, Cikgu Sarini, Cikgu Salina dan Ustazah Hilyati yang membantu untuk menyiapkan semua fail-fail serta bahan-bahan yang perlu di sipakan dalam masa sehari sebelum penilaian. Rupanya keadaan ini bermula sekali lagi, lainnya, kali ini dalam keadaan bukan penilaian untuk anugerah tetapi penilaian untuk kenaikan pangkat. keadan berbeza tapi situasi tetap sama. cuma dulu ramai rakan-rakan membantu, kini semuanya perlu diurus sendiri sebab itu "pangkat sendiri mau guna" kata seorang kawan.


Bila bermula...

.. "nak kena pantau?"
...  "jemaah nazir dengan pengarah?"
...."Bila?"
Persoalan ini terus berlegar hampir dua minggu dalam kalangan pensyarah IPG kampus Kent. Tak terkecuali jua aku. Bermula la... kerja-kerja mengemas kini semua fail, folio, hasil kerja pelajar, KKP, tugasan, projek segalanya perlu dikemas kini. mujur la bulan puasa, jadi tak perlu difikirkan sangat soala makan. Namun bila petang... mula la nak mencari itu, ini untuk dibuat juadah berbuka. Untuk seminggu nie, aku yang ala-ala 'beauty Sleep" (tido awal) dah terpaksa bersengkang mata sehingga 1-2 pagi semata-mata menyiapkan semua kerja-kerja yang "asal siap" untuk 3 tahun yang lepas. Semuanya perlu kemas dan berada dalam keadaan yang sepatutnya dalam semua 24 Folio peribadi aku. Syukur, hari ni dah siap 90% dan aku berdoa bukan esok la tetamu yang ditunggu itu berkunjung. Agar sempat aku siapkan 10% yang masih berbaki. Pesan pada diri ku sendiri, "lain kali kerja tu disiapkan dalam keadaan baik & bukannya sekadar siap pada masa itu saja"

4 August 2011

Beban Tugas Guru Vs Kerja Rutin

Sesekali diamati, kita terlupa bahawa terdapat perbezaan antara beban tugas guru dengan kerja rutin guru. Kita sering menyatakan tugasn guru kian terbeban dengan pelbagai rutin harian. Kita seringkali terdesak dan merasakan tak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam amsa yang telah ditetapkan. Maka lahir lah kata-kata yang kita kian terbeban dengan tugas yang kian menghimpin. Justeru mana satu tugas yang membebankan kita. Masuk kelas untuk mengajar, menguruskan latihan dan kerja pelajar atau menyiapkan persediaan mengajar? Jika ini dikatakan beban tugas, maka kita lupa bahawa ia rutin bagi seorang guru. Tapi ada tugasan laian yang sering membebankan kita... mesyuarat, keceriaan atau apa la yang terlalu membebankan kerja seorang guru?

3 August 2011

Bermula sekali lagi

ada ketikanya... kita perlu memulakan sesuatu sekali lagi. Biarpun kadang-kadang terasa amat perit untuk memulakannya tapi terpaksa digagahi jua. Bermula sekali lagi, saya terpaksa memperlengkapkan semua fail dan bahan-bahan penulisan mahupun penyelidikan biarpun segalanya pernah diperlengkapkan namun sekali lagi ia perlu dikemas kini. Seharian saya meneliti dan mencari-cari pelbagai fail... bermula sekali lagi segalanya yang dijangkakan siap itu sebenarnya belum siap-siap. dah hari ketiga mengemas dan memperlengkapkan fail-fail untuk di pantau. Tapi belum siap-siap juga. makin dikemas makin plak banyak bahan yang tak siap. Bagaimana ya? biarkan atau patut diteruskan mengemasnya>

1 August 2011

Dipantau Vs Memantau

Sebut saja tentang audit, dah mula seram sejuk rasa badan. Baik Audit MQA, Audit MSIso mahupun Audit Dalaman, perasaan takut dan cemas pasti ada. Nie kan plak bila disebut akan dipantau oleh Jemaah Nazir dan pengarah atau timbalan pengarah atau pensyarah kanan atau pensyarah cemerlang. bertambah-tambah laa rasa nak demamnya. Rasanya, walaupun telah melalui hampir 7 kali pemantauan oleh Jemaah Nazir dan jaminan Kualiti. Belum lagi dikira dengan pemantauan dari Bahagian Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Pengurusan Akademik KPM yang hampir 10-12 kali telah dipantau. Namun rasa cemas dan gelisah tetap ada. Agaknya begini ka rasanya bila saya menyatakan kepada pelajar saya akan menyelia latihan praktikumnya? Fail saya yang hampir setahun tidak dikemaskini, mula dibongkar. Seharian hari ini saya mengemas tempat kerja serta fail-fail yang menjangkau hampir 50 buah. aghh mana seronok? dipantau atau memantau?

31 July 2011

Ramadhan.... kita bersua kembali

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan...

      Saban tahun kedatangan ramadhan pasti dinanti-nantikan oleh setiap orang. Namun kedatangan Ramadhan pastinya mengamit seribu satu cerita buat kita semua. Zaman Persekolahan pastinya akan mencuit hati kecil kita bila mana menyaksikan teletah anak-anak kecil mula belajar berpuasa. Di bilik guru, yang pasti  tidak terlepas dari pelbagai cerita: bermulanya cerita tempah-menempah baik kuih muih mahupun baju bagi menantikan kehadiran Syawal; cerita juadah berbuka puasa; cerita menjelajah seluruh ceruk rantau hanya sekadar menjejaki Pasar Ramadhan; cerita balik kampung; cerita melanjutkan cuti hari raya dan tidak terkecuali cerita langsir dan sarung kusyen baru..
Walau apa jua ceritanya, kita sebagai guru pastinya akan meletakan cerita mendidik sebagai wadah utama.

Salam Blogger

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah kerana diberi kesempatan melalui ruangan Blogger untuk saya berkongsi buah pengalaman sebagai seorang guru agar menjadi wahana yang signifikan buat semua guru mahupun bakal guru. Mahu tidak mahu dunia pendidikan kini melalui proses transformasi yang memerlukan komitmen serta keyakinan yang tinggi untuk melebarkan ilmu ke segenap hidup masyarakat. Saya berharap perkongsian maklumat dan pengalaman ini dapat meningkatkan nilai tambah dalam diri seseorang guru.