Dulu, kita pernah jadi murid, kita jua pernah jadi guru, tapi pernahkah kita cuba untuk menjadi orang lain? Pastinya kita fikir.."mengapa perlu kita menjadi orang lain?" begitu jua aku, sebelum nie, tak terlintaspun difikiran yang akan akan kembali menduduki kerusi dewan kuliah sebagai seorang pelajar. Menjadi orang lain sebelum ini.
Kini, melewati usia sebegini, aku membawa gelaran "seorang pelajar". Biarpun berat mata yang memandang, sesungguhnya berat lagi bahu mereka yang menggalas gelaran itu.
Jika dulu, aku mengajar di sekolah, tak terlintas difikiran ku untuk menjadi seorang guru kepada pelajar yang jauh lebih berusia dan berpengalaman dari ku. Hakikatnya, selama 3 tahun berada di IPG Kampus Kent, itulah realitinya. Mengajar Guru-guru JAHIENS, Guru j-Qaf, KDC KEMAS, PGSR, PPG serta kadang-kala atas jemputan aku turut berkongsi pengalaman dengan guru-guru sekolah serta kolej-kolej mahupun IPTS atau IPT malahan International School selain pelajar-pelajar PISMP, KPLI atau PPISMP.
Jika kini, aku masih tak dapat memahami isi hati mereka-mereka ini yang bergelar "pelajar" pada usia ini, makanya aku sendiri akan melalui saat itu pada tahun 2012. Realitinya, aku perlu berpegang pada "adat belajar" jika ingin berjaya. Di tahun 2012 ini, aku perlu menggugurkan segala jawatan, pangkat mahupun gelaran sebaliknya menggantungkan kad matrik Pelajar di leher. Pasti tertanya-tanya.. "kenapa pula? apa kaitannya?"
Dulu, kini dan hanya yang melaluinya akan memahami realiti ini.. nak tahu? Aku akan ceritakan pengalaman pertama bergelar seorang pelajar Universiti Sains Malaysia yang hanya dalam tempoh 3 minggu dan kemudiannya bergelar pelajar Universiti Malaya...
Sesungguhnya "apa yang difikirkan... itu ada"

No comments:
Post a Comment