‘sekeping kertas ….. sebatang pen’...
'sebatang pen atau sekeping kertas?'
"pen? kertas?
"Pen Kertas?"
'sebatang pen atau sekeping kertas?'
"pen? kertas?
"Pen Kertas?"
Yang menjadi persoalannya-Mengapa perlu aku memilih? Disinikah patut aku berada? Betulkah pilihan ini?Dapatkah aku lakukannya? Rupanya sukar jua bila kita diberi pilihan.
Teringat kata-kata seorang kawan kepada ku dulu - "hidup ini tak banyak pilihan, jadi terimalah apa yang telah ditetapkan." Sekarang situasinya amat berbeza. Lain pula kisahnya kini, aku diberi pilihan! Yang sepatutnya tak perlu untuk aku memilih. Kerana antara pen dan kertas kedua-duanya diperlukan bersama. Apa ertinya kertas kalau tiada pen? Dan sebaliknya bergunakah pen tanpa kertas? Betulkan? Tapi mengapa aku diminta untuk memilih? Malah aku diarahkan agar membuat pilihan!
"Baik kau pilih pen. Pen tu berharga dan amat bernilai..tak semua orang dapat memilikinya!"
" Kalau kau tolak pen tersebut, dan memilih kertas, maka 6 tahun berikutnya baru kau berpeluang untuk memilikinya semula!"
"Kertas tu kau mampu miliki! Dimana-mana ko boleh dapatkan kertas tu"
"Aku yakin kau dapat kertas tersebut dengan cara kau berkerja sekarang ni, jadi kau pilihlah pen. Susah untuk dapat tawaran ini!"
Antara kata-kata yang menjadi bual bicara rakan-rakan kepada ku apabila berjumpa. Namun, tahukah mereka bahawa dalam dunia ini, tiada peraturan yang menyatakan bahawa kita perlu memilih bila berada dihadapan pen atau kertas! Pelik bukan? Akhirnya aku akur untuk membuat pilihan: sehelai kertas putih kosong (kalau diletakkan harganya mungkin RM0.026) yang dimata orang ia terlalu murah atau sebatang pen bersalut emas, bermatakan berlian?
Pilihan ku muktamad!
No comments:
Post a Comment