Coret ini, sekadar coretan seorang tua yang kembali meletakkan tanda nama sebagai pelajar. Bila aku menoleh kebelakang, dah telalu jauh aku meninggalkan dunia universiti... hampir 13 tahun. Seingat aku, pertama kali mendaftar di UKM 1998, sebagai pelajar, segalanya diuruskan dengan berjalan kaki. Ke sana ke mari bersama kawan-kawan terutamanya masa itu, Mosfi, Pok Cik, Pok Sang, Lan Awal pagi kami akan berjalan dari Kamsis Rahim Kajai ke kuliah di Fakulti Ekonomi. Jaraknya boleh tahan, jua kalu jalan kaki.
Kini, tahun 2012, aku kembali melewati zaman itu, cuma bezanya, aku ni pelajar tua, sesekali berjalan kaki untuk menaiki tangga fakulti terasa me"ngah"nya... mula la bernafas melalui idung..
Jika dulu, aku mampu berlari mengejar bas dalam ujan di UKM untuk keluar membeli barang-barang keperluan di Kajang, kini biar saje la ujan tu membasah diri, aku dah terasa penat untuk berlari mengejar LRT mahupun bas Rapid KL..
Jika dulu, aku berasak-asak dalam bas untuk pulang ke Kamsis Rahim Kajai dari Kajang.. kini, mahu tak mahu, penat atau tidak aku perlu berasak-asak dalam LRT untuk pulang ke penginapan..
Jika dulu, aku boleh menaiki motorsikal PBM1349 bersama kawan-kawan untuk ke Kuala Lumpur berulang kali biarpun jaraknya melewati 40KM, Kini dah mula terasa sengal badan bila naik motor dalam jarak yang begitu jauh.
Namun pesan pada diri.. "Aku kini seorang pelajar"
Kerana sungguhpun keadaan berbeza, ceritanya tetap sama. Pada aku, "adat belajar" dan "adat berguru" tak pernah berubah. Untuk belajar kita perlu lapangkan dada - sedia untuk berkorban dan ikhlas untuk menuntut ilmu kerna ada kalanya kita tercabar - menunggu, penat, pening, lapar, dahaga, berjalan kaki ke sana ke mari, duduk mengadap buku berjam-jam.
Justeru sebagai mengingat diri " Kita Belajar umpama kapal terbang.. Semasa ia mula berlepas (take-off) kita mula nampak pemandangan yang cantik, semakin tinggi ia terbang semakin luas pemandangan kita, namun kita jangan cepat mendarat (touch-down).. teruskan penerbangan, dapatkan seluas mungkin pemandangan tersebut.. bila dah pasti landasannya maka mendaratlah dengan selamat. Sesungguhnya Semakin tinggi terbang, semakin luas pemandangannya, namun semakin sakit telinga kita akibat tekanan. Itulah cabarannya.."
"Patah sayap terbang jua"
No comments:
Post a Comment