6 January 2012

Bila orang dah berlari, kita masih merangkak-rangkak

Dua-tiga hari nie, persekolahan bermula.. Ini bererti.. bermulanya kesibukan yang amat sangat.. baik guru mahupun pelajar.  Sesekali aku menoleh kebelakang..emm baru terasa bahawa.. aku masih merangkak-rangkak bertatih dalam menyelusuri dunia pendidikan. Sedangkan telah ramai yang mula menauk langkah malahan dah ramai yang berlari. Adakah aku perlu bertindak sebagai pemerhati? Persoalannya, mampukah aku mempertingkatkan azam serta tekad untuk berada seiring dengan mereka? Maka, ditahun baru nie, jom kita perkemaskan azam serta iltizam untuk terus menempa kecemerlangan dalam segala bidang yang diceburi.

Oppss... dah tahun 2012, tentunya bagi aku situasi telah berubah. Perubahan yang cukup besar - kembali bergelar "pelajar".. emmm maknanya apa? Pastinya berbeza tugasnya.. kalau dulu rutin harian menemui muka pelajar2 dan mengadap fail-fail kursus yang bertimbun-timbun. 

Hari ini, lain pula  ceritanya, awal tahun aku sibuk mengemas dan menyimpan fail-fail kursus yang akan aku tinggalkan untuk 3 tahun.. Sebaliknya, aku kena mula berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah serta jurnal. Pesan kawan, "ingat: tinggalkan jawatan dan gelaran sebaik saja keluar dari opis, sekarang kau adalah pelajar, jadi dunianya amat berbeza"

"Ya! memang berbeza" bisik ku.

Dan Pastinya cerita berbeza, 10 tahun memegang gelaran cikgu (8 Jun 1998-16 Disember 2007) dan 3 tahun berikutnya [4 Januari 2008 (tarikh lapor diri di IPG Kent) sehingga 23 Disember 2011] pula bergelar pensyarah. Namun hakikatnya,  panggilan tetap sama - "cikgu". Kini 4 Januari 2012, gelaran itu "digantung" untuk 3 tahun bagi menggantikannya dengan ......?  Walaubagaimanapun aku tetap merindui panggilan keramat itu:-CIKGU..

Sesungguhnya, siulan irama tuninipot, alunan bayu "Aki-Nabalu" membuatkan aku terpaku seketika:- betulkah pilihan aku ini? Bersediakah aku untuk berlari sedangkan berjalanpun ada ketikanya selalu jatuh?


5 comments:

  1. Salam Cikgu, Selamat Tahun Baru 2012!!....semoga cikgu berjaya dalam pengajian cikgu...hehehe.cikgu sentiasa akan menjadi sumber inspirasi buat saya dan rakan2 d kelas Pengajian Sosial Jan 2011.Terima kasih diatas jasa cikgu serta ilmu yang cikgu telah curahkan kepada kami selama ini.Terima Kasih CIKGU :)

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih... kenangan mengajar di kelas kamu dan aktiviti jualan Ekonomi tetap segar dalam ingatan cikgu..kelas kamu sangat berdedikasi dalam setiap tugasan yang diberikan. tahniah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.... Harap Perubahan ini membawa seribu makna dlm profesion....

    ReplyDelete
  4. Insya Allah.. harap cikgu x lupakan kelas P.Sosial juga..kami sentiasa mengikuti perkembangan cikgu..

    ReplyDelete