24 January 2012

Perjalanan

Ramai yang percaya "Perjalanan bermula dengan langkah pertama" tapi bagi aku- "ia bukan suatu syarat utama!". Perjalanan aku untuk menamatkan pengajian 3 tahun ini, tidak pula bermula dengan langkah yang pertama!
"Banyakkan membaca jurnal dan kajian-kajian lepas. Mulakan dengan bab dua: sorotan kajian," kata penyelia ku sambil melakarkan sesuatu dalam sehelai kertas. Aku termanggu.. "Kalau mau buat PHD, mulakan dengan bab 2!" soal hati ku. "Ceh! Aku punya proposal langsung tak ditengok! Terus saja minta aku buat bab 2,"bentak hati ku. Walau apapun, aku akur dengan permintaannya... kerana penyelia ku seorang yang berpengalaman. pasti dia ada alasan untuk itu!
Justeru, sepuluh hari aku berulang-alik ke perpustakaan: makan, tido (kadang-kadang dalam perpustakaan atau LRT kerana keletihan), duduk, bangun dalam perpustakaan UM. Kini aku mula memahami akan maksudnya. Melalui pembacaan, kita akan mula melihat dunia penyelidikan dengan lebih luas. Makin banyak kita membaca jurnal-jurnal dan penyelidikan-penyelidikan, makin kita pening! makin kita tak faham! "aghhh susah la kalau begini!"
Tapi, itu la ilmu, semakin kita mencari semakin luas kita akan menemuinya. Sesungguhnya Ilmu Allah tak terjangkau oleh akalku. Hari ini, aku cuba berusaha untuk memulakan perjalanan... memulakan penulisan... walaupun sesekali aku menemui jalan buntu dalam perjalanan ini! Doa ku semoga segalanya dipermudahkannya!

3 comments:

  1. ^^ semoga dipermudahkan untuk mendalami dan melaksanakan kajian tu cikgu..

    ReplyDelete
  2. amin.... begitulah hendaklah... perjalanan ni masih terlalu jauh..

    ReplyDelete
  3. nampaknya, semakin jauh Nazri berjalan semakin kaya dgn idea2 dan cerita baru.... insya Allah, sy akan menyusul kmdn...

    ReplyDelete