Saban tahun kedatangan ramadhan pasti dinanti-nantikan oleh setiap orang. Namun kedatangan Ramadhan pastinya mengamit seribu satu cerita buat kita semua. Zaman Persekolahan pastinya akan mencuit hati kecil kita bila mana menyaksikan teletah anak-anak kecil mula belajar berpuasa. Di bilik guru, yang pasti tidak terlepas dari pelbagai cerita: bermulanya cerita tempah-menempah baik kuih muih mahupun baju bagi menantikan kehadiran Syawal; cerita juadah berbuka puasa; cerita menjelajah seluruh ceruk rantau hanya sekadar menjejaki Pasar Ramadhan; cerita balik kampung; cerita melanjutkan cuti hari raya dan tidak terkecuali cerita langsir dan sarung kusyen baru..
Walau apa jua ceritanya, kita sebagai guru pastinya akan meletakan cerita mendidik sebagai wadah utama.