25 December 2013

Pembentangan di Seminar Antarabangsa Garut, Bandung, Indonesia

Perjalanan bersama kedua-dua penyelia tesis untuk pembentangan di seminar antarabangsa Garut Bandung dari 26-28 Disember 2013...


13 December 2013

Universitas Airlangga, Surabaya vs Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Coret-corat perjalanan ke Surabaya....

Menyelusuri perjuangan anak-anak Malaysia mencari sisa-sisa ilmu di perantauan.
Pengalaman bersama-sama anak-anak Malaysia di sini, mencetuskan pelbagai persoalan yang mungkin hanya terjawab dengan 'berdiam'?

Meneliti....
memerhati...
menyelami....
suka duka kehidupan sebagai seorang pelajar di tempat yang dipisahkan oleh beberapa laut, dataran mahupun kota,

berlainan latar
berbeda budaya
biarpun bahasanya masih serumpun
untuk difahami
untuk dipertuturkan

ternyata,
belajar di sini
masih banyak yang perlu dipelajari
belajar di sini
masih banyak yang perlu difahami

biarpun kedua-dua Universiti
meraikan ulang tahun lebih se'abad' lamanya...
seperti 'adik-abang'

ternyata
Universitas Airlangga punya identiti yang tersendiri
Universiti Malaya memiliki kelebihan yang unik

Memulihara, memelihara atau mengantikannya dengan yang baru..
hanya lukisan panorama persekitaran menceritakan segalanya...

terima kasih anak-anak Malaysia di Universitas Airlangga, Surabaya; Universitas Islam Sunanan Ampel, Surabaya... yang menyambut delegasi akademik Universiti Malaya..: Nazim Effendy, Farah, Adila, Afzal, Tamamin, Hazim, Arfan... dan ramai lagi (maaf terlupa nama) bakal-bakal Dr. perubatan, veterina, famasi dan Ustaz-ustazah... 'Selamat Maju Jaya'