Konsultansi

  ”D’soyus” 
 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Melalui Aktiviti Luar Bilik Darjah

Pada tahun 2009, membantu membangunkan projek Inovasi P&P di peringkat sekolah iaitu di SMK Badin Tuaran. Berperanan sebagai konsultan untuk membentuk kumpulan guru bagi menghasilkan inovasi pedagogi dalam mata pelajaran sains. Projek ini menerima pengiktirafan apabila memenangi Johan Anugerah Guru Inovatif Negeri Sabah 2009. 



 'THE TRADERS'
Projek “The Traders” merupakan adaptasi program realiti TV iaitu ‘The Apprentice’, Akademik Fantasia (AF), “The GangStar”, ‘The Firm’, ‘Nescafe Kick-Start’, ‘The Cutters’ dan ‘Malaysian Top Host’ yang mendapat sambutan ramai. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang serta peluang bagi membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Projek Inovasi ini dijalankan untuk mata pelajaran perdagangan dan telah menerima pengiktirafan sebagai "Johan Anugerah Guru Inovatif Negeri Sabah 2009"