Ekonomi Asas

Fokus Ekonomi Asas SPM 2011


Bengkel Teknik Menjawab di SMK Kuala Penyu II
Seminar Teknik Menjawab Soalan di SMK Pekan Telipok



Seminar Teknik Menjawab SMK Tenghilan


Jom Baca
Fokus Ekonomi Asas SPM

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. Pengertian ekonomi

 1.1 Definisi :

- mengkaji cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi   
kehendak manusia yang tidak terhad.

 1.2 Kehendak manusia : 

a. keinginan individu memiliki sesuatu barang / perkhidmatan.
b. kehendak barang spt makanan ,kereta barang kemas dsb.
c. kehendak perkhidmatan spt telefon, pembantu rumah dsb.


1.3 Sumber ekonomi:

a. faktor-faktor pengeluaran / input  untuk mengeluarkan barang / perkhidmatan 
/output. 
b. 4 jenis faktor pengeluaran : buruh(B) , tanah(T), modal (M) , Usahawan(U)
c. BURUH: - tenaga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal / mental.
         -  menerima ganjaran berbentuk upah.
         - buruh mahir (spt jurutera ,peguam)
         - buruh tidak mahir (spt petani , buruh kasar)
d. TANAH: - merupakan anugerah alam semula jadi dan terhad penawarannya.
         - dlm ekonomi tanah meliputi sumber di permukaan bumi / 
          di dalam bumi.
- sumber yg boleh diperbaharui spt sumber hutan / laut.
- Sumber yg tidak dapat diperbaharui spt bahan galian.
- Ganjaran pemilik tanah ialah sewa.
 e. MODAL: - alat /wang yang dicipta oleh manusia yang digunakan dalam proses 
                       pengeluaran 
- Contoh : jentera dan bahan mentah.
- Ganjaran pemilk modal ialah faedah.
 f. USAHAWAN: - individu yang menggabungkan dan menyelaraskan factor-
                faktor pengeluaran(BTMU)  untuk menghasilkanbarang dan perkhidmatan.
- ganjaran bagi usahawan ialah keuntungan (kerana menaggung risiko)