Jika berminat untuk mendapatkan bahan serta khidmat nasih berkaitan pendekatan pengajaran atau bantuan melaksanakan inovasi dan kreativiti atau menulis kerta kerja/ cadangan boleh menghubungi saya melalui email yang disertakan atau tinggalkan komen. InsyaAllah saya akan membantu sebaik mungkin bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak didik kita.
Pengalaman selama 10 tahun di SMK St. Mary Sandakan dan 3 tahun di IPG Kampus Kent melakarkan pelbagai suka duka dalam dunia pendidikan. Mengenali murid daripada pelbagai latar belakang memerlukan saya berfikir untuk menjadikan P&P saya menarik dan berkesan. Disini saya kongsikan bersama aktiviti P&P yang saya jalankan dan seterusnya menerima pengiktirafan baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Permainan Jejak Ekonomi
Gelombang Maklumat : Ekonomi
[ Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan Dan Johan Anugerah Inovatif Negeri 2004] Permainan T-Card
Kad Bergambar Ekonomi Asas
(Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Negeri Sabah 2005)
Kad Komik :Sekatan Perdagangan Antarabangsa Untuk Mata Pelajaran Ekonomi Asas Dan Perdagangan
Kad Pembelajaran Koperatif : Pair Check Dan Mix& Match Ekonomi Asas : Sistem-Sistem Ekonomi
Projek : Teory Into My Practice: Cooperative Learning telah memenangi Anugerah Inovasi KPM 2004
Tahun 2004, projek ini menghasilkan inovasi pedagogi dimana saya cuba untuk mengaplikasikan semua permaian dalam Pembelajaran Koperatif sebagai sesi P&P. Ia diteruskan bersama dengan Pengetua saya Dr Ling Ai Ying dan berjaya memenangi Anugerah Inovasi P&P semasa Hari Kualiti KPM 2004. Saya turut mengaplikasikan konsep ini dalam pengajaran ekonomi asas.
Permainan Mycard Sebagai Suatu Kaedah Pengajaran Dan Pebelajaran Ekonomi Asas [Johan Kumpulan Dan Johan Keseluruhan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan dan Negeri Sabah 2006]
The Apperentice: Kaedah pengajaran dan Pembelajaran Ekonomi
Dunia Ku: Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu Pendidikan Berasaskan Orientasi Mobiliti
(Naib Johan Anugerah Pensyarah Inovatif Zon Sabah 2008)
Tahun 2008, hasil inovasi ini diketengahkan untuk pengajaran dalam ilmu pendidikan. Ia dijalankan diperingkat IPG Kampus Kent. Menerima pengiktirafan sebagai naib Johan Anugerah Pensyarah Inovatif Zon Sabah 2008.
Kufits: Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Melalui Permainan
(Johan Anugerah Pensyarah Inovatif IPG Kampus Kent 2008)
”Kent Excellent”:Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu Pendidikan
(Johan Anugerah Pensyarah Inovatif IPG Kampus Kent dan Zon Sabah 2008) Kent-V [Kenali Nilai Tersirat Melalui Video] Pengajaran Dan Pembelajaran PSK
--> Tahun 2009, Hail inovasi yang dijalankan untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap nilai sivik dan kewarganegaraan melalui konsep video. Ia dijalankan diperingkat IPG Kampus kent dan telah dikongsikan bersama rakan pensyarah diperngkat kebangsaan dalam seminar inovasi 2009. Berperanan sebagai ahli kumpulan inovasi
”The Trader” : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Perdagangan
--> (Johan Anugerah Guru Inovatif Negeri Sabah 2009)
--> Tahun 2009, mengetengahkan kaedah untuk pengajaran dan pembelajaran perdagangan di Tingkatn 4 dan 5. Bertindak sebagai ahli dalam membimbing rakan guru untuk melaksanakan inovasi pedagogi. Mendapat pengiktirafan diperingkat negeri Sabah.
”D’soyus” : Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Melalui Aktiviti Luar Bilik Darjah
(Johan Anugerah Guru Inovatif Negeri Sabah 2009 kategori Kumpulan)
-->
--> D’ASA: Pengajaran Berasaskan Pengalaman
--> Tahun 2010, inovasi yang mengetengahkan strategi P&P untuk ilmu pendidikan melalui aktiviti pembelajaran diluar bilik darjah. Ia dilaksanakan diperingkat IPG Kampus Kent. Berperanan sebagai Inovator
‘EoCS: Electronics observation Case Study’
(Johan Anugerah Pensyarah Inovatif IPG Kampus Kent & Naib Johan Anugerah Pensyarah Inovatif Zon Sabah 2010)
Tahun 2010, inovasi yang mengubah cara kajian kes berdasarkan kepada teks dengan teknik baru iaitu melalui kajian video atau rakaman situasi sebenar dalam bilik darjah yang dijadikan bahan kajian dalam bilik darjah. Iadijalankan diperingkat IPG kampus Kent dan mendapat pengiktirafan diperingkat negeri Sabah. Berperanan sebagai Inovator.
-->
Projek ”Usahawan Tani”: Head-On, Heart-On & Hands-On
(Johan Anugerah Pensyarah Inovatif IPG Kampus Kent & Johan Anugerah Pensyarah Inovatif Zon Sabah 2011)
Tahun 2011, projek yang cuba mengabungkan 6 teori pembelajaran melalui atu pendekatan pengajaran. Hasil inovasi ini dijalankan bagi kursus ekonomi Malaysia sebagai usaha untuk meningkatkan semanagt keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pengiktirafan telah diterima diperingkat Negeri sabah. Adalah menjadi harapan agar pendekatan ini dapat membentuk satu model untuk pengajaran ekonomi pada masa akan datang. Berperanan sebagai innovator.