Ekonomi STPM


Mikro Ekonomi STPM
Fokus 2011

Bab 1 :  Bahagian Pengenalan


1.     Secara ringkasnya bezakan perkara-perkara berikut:
    1. Barang awam dan barang persendirian
    2. Barang akhir dan barang modal
Skema Jawapan:
-       Barang awam : tidak tertakluk kepada prinsip kekecualiaan : bermaksud semua org boleh menggunnakannya sama ada mampu mambayar atau tidak. (bayar cukai atau tidak)
-       dikaluarkan secara tidak langsung oleh kerajaan
-       eg: rumah api, lampu isyarat atau lampu jalan raya
Manakala:
-       Barang persendirian :ttertakluk kepada prinsip kekecualiaan : haya yang mapu bayar sahaja dapat menikmatinya dan boleh mhalang org lain dr menggunkannya
-       e.g kereta , rumah
-       Barang akhir adalah brg yang digunakan oleh pengguna akhir untuk tujuan memaksimumkan kepuasanya
-       Eg Baju dll
-       Barang adalah modal adalah brg separuh siap atau barang perantaraan yang digunakan dalam proses pengeluaran
-       Eg. Simen dll

2.     Masalah kekurangan sumber menyebabkan manusia perlu membuat pilihan. Dengan menggunakan KKP terangkan masalah pilihan dan kos lepas. [10]
Skema Jawapan:
-       masalah kekurangan adalah disbbkan oleh sumber2 ekon yang terhad. Ini msbbkan manusia terpaksa membuat pilhan bagi tujuan untuk memaksimumkan kepuasannya.
-        
-       lukis jadual dan  Keluk KKP
Kombinasi
Makanan
Pakaian
Kos Lepas 1 unit makanan
A
0
10
-
B
1
9
1
C
2
7
2
D
3
4
3
E
4
0
4
 - lukis keluk KKP dan huraikan (huraian perlu dikaitakan dgn masalah pilihan dan kos lepas


3.     Bagaimanakah sistem ekonomi pasaran bebas berbeza dengan sistem ekonmi perancangan pusat dalam menyelesaikan masalah untuk siapa barang itu dikeluarkan? [6]
Skema Jawapan:
Pasaran bebas:
-       masalah untuk siapa bergantung kepada keupayaan membayar barg tersebut tanpa mengira siapa pembeli (agihan pendapatan)
-       keupayaan membayar biasanya bergatung kpd pendapatn penguna dimana jumlah dan harga sumber2 diperolehi
Manakala:
Perancangan Pusat
-       masalah untuk siapa dikawal oleh kerajaan Ini disebabkan kerajaan mengawal sumber2 ekon. Oleh itu agihan pendapatan /sumber di uruskan melalui sistem catuan- pilihan penguna mengikut kehendak kerjaan

4.     a) apakah itu aliaran pusingan pendapatan? [2]
Skema Jawpan:
a) Definisi aliran pusingan pendapatan : rajah yang menunjukkan interaksi antara pelaku ekonomi melalui aliran fizikal dan aliran wang dalam pasaran faktor dan pasaran barang di sesebuah ekonomi.

b) Tunjukkan aliran fizikal dan aliran wang sesebuah ekonomi pasaran bebas? [8]
Skema Jawapan:
-       Dalam pasaran bebas, pelaku ekonomi terdiri daripada isi rumah dan firma. Isi rumah ialah unit ekonomi yang terdiri daripada indidvidu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan bersama.
-       Manakala firma unit ekonomi yang memiliki dan mengunkan logi untuk mengeluarkan ssuatu barang. Hubungan antara isi rumah dengan firma dapat ditunjukkan seperti berikut:




 

 
                       


                                                                                                                        
Lukis Rajah : Aliran Pusingan Pendapatan

Aliran fizikal:
- Aliran I : Aliran faktor-faktor pengeluaran dari IR kepada firma. IR menawarkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, modal, tanah dan usahawan kepada firma untuk digunakan dalam proses pengeluaran.                                                                  
- Aliran II : Aliran barang-barang dan perkhidmatan dari firma kepada IR. IR memperolehi barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma di pasaran barang.                                                                                                  

Aliran Wang :
- Aliran III iaitu aliran pendapatan : Melalui pasaran faktor IR menerima pendapatan seperti upah, sewa, faedah dan untung kerana menawarkan faktor-faktor pengeluaran kepada firma.                                   
- Aliran IV iaitu aliran perbelanjaan penggunaan : Perbelanjaan IR ke atas barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma di pasaran barang                                  

Latihan :

  1. Bagaimanakah pilihan titik pengeluaran sepanjang KKP masa kini dapat mempengaruhi kedudukan KKP masa hadapan? [6]

  1. Apakah keluk kemungkinan pengeluran? Jelaskan kesan perkembangan teknologi terhadap KKP. [6]


  1. Andaikan sebuah negara hanya mengeluarkan dua jenis barang iaitu komputer dan keropok. Huraikan kesan terhadap KKP apabila berlaku:
    1. Peningkatan pelaburan asing
    2. Jumlah nelayan semakin berkurangan
    3. Kemajuan teknologi penangkapan ikan.      [10]


  1. Terangkan 3 keburukan sistem ekonomi pasaran bebas. [6]

  1. Terangkan dengan ringkas ciri-ciri sistem ekonomi islam [6]


  1. Huraikan perbezaan anatara buruh dengan usahawan [10]


  1. ”Sistem ekonomi Campuran adalah lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas.” Bincangkan


  1. Huraikan 3 tujuan kerajaan perluan campurtangan dalam kegiatan ekonomi. [6]



Jom Baca
Mikroekonomi
Oleh: Mohd. Nazri Abdul Rahman IPG Kampus Kent

Bab Peranan Kerajaan:

  1. a) “Eksernaliti boleh bersifat positif dan negatif”. Terangkan. [4]
Skema:
- Eksternaliti positif ialah kesan luaran yang membawa kesan baik akibat aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sebuah firma. Contohnya: hospital, system maklumat
-Eksternaliti negatif ialah kesan luaran yang memudaratkan akibat aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sebuah firma. Contohnya: pencemaran air dan udara
b) Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani masalah eksternaliti masalah negatif            [6]
Skema:
Langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah eksternaliti negatif demi kepentingan masyarakat :
i.                undang-undang
ii.               cukai
iii.              kempen-kempen kesedaran
iv.             insentif kepada pengusaha: penggunaan teknologi mesra alam sekitar dll.

  1. a) dalam keadaan apakah harga keseimbangan tidak adil kepada pengguna dan pengeluar. [4]
Skema:
Def. Keseimbangan pasaran : DD=SS
Tidak adil jika:
-Harga keseimbangan terlalu tinggi kepada pengguna
-harga keseimbangan terlalu rendah kepada pengeluar
[Fakta 1 ; huraian 1M]
b) Terangkan apakah yang dilakukan untuk mengatasi masalah di atas? [6]
Skema:
Kerajaan menjalankan
i.                Dasar harga maksimum
      jika harga tidak adil kepada pengguna
      Definisi harga maksimum
      Rajah & huraian

ii.               Dasar harga minimum
      jika harga tidak adil kepada pengeluar
      Definisi harga minimum
      Rajah & huraian

  1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan subsidi? [2]
Skema:
Definisi subsidi:

b) Dalam keadaan apakah subsidi diterima sepenuhnya oleh pengeluar atau pengguna? [8]
Skema:
Pengguna
                                               i.     apabila keluk permintaan tidak anjal sempurna
                                              ii.     apabila keluk penawaran anjal sempurna
Pengeluar:
                                               i.         apabila keluk permintaan anjal sempurna
                                              ii.         apabila keluk penawaran tidak anjal sempurna
[Lukis keluk dan huraian: tiap satu isi 2M]