20 July 2016

"Ku Lihat Gunung Kinabalu Berenang"

Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak menulis.. tak tau di mana nak mula?. bagaimana nak bermula?... di mana permulaannya?

17 November 2015.. menamatkan perjalanan sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di IPG Tuanku Bainun setelah 18 tahun bergelar seorang guru. Tanggal 17 November 2015, memulakan perjalanan sebagai seorang 'akademik' di sebuah universiti awam di Malaysia. Persoalannya? Adakah ini satu permulaan? Dimana harusnya bermula?

9 January 2015

Selamat Tahun Baru.. 2015

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Sesekali menoleh... 2014 ditinggalkan.. Selamat Tahun Baru 2015.

Mula tahun 2015, bermakna tamatlah cuti belajar selama 3 tahun di Universiti Malaya. Coretan Perjalanan PhD:

Mendaftar  di UM : 24 Disember 2011
Seminar 1: 7 Feb 2013
Seminar 2: 10 Jan 2014
Viva:  24 Jun 2014
Kelulusan Senat : 24 Julai 2014
Konvo : 13 Okt 2014
Kembali Bertugas.. bermula IPG Cyberjaya, kini bermula tahun 2015, memulakan tugas di IPG Tengku Bainun, Pulau Pinang.
Allahamdulilah... syukur dengan izin Allah swt, perjalanan ini sampai ke penghujungnya.

Perjalanan PhD ini nampak mudah, namun banyak coretan yang menuntut pengorbanan. Cerita Perjalanan harungi Duri.. akan dikongsikan untuk pengalaman bersama. InsyaAllah. Bagi rakan-rakan yang masih meneruskan perjuangan.. selamat Maju jaya semoga tahun 2015 menjanjikan kegemilangan

* kekangan masa menghalang saya membuatkan saya meninggalkan laman ini untuk seketika.. insyaAllah tahun 2015 ini akan saya kongsikan bersama pengalaman seorang guru mendaki gedung ilmu PhD



24 June 2014

10 June 2014

Konvokesyen Institut Pendidikan Guru 2014

Assalamualaikum wbt..

Sekalung tahniah & syabas buat anak-anak didik IPG Kampus Kent.. semoga terus cemerlang menjadi seorang guru.... 'Sekali guru... selamanya guru"

Pesan cikgu...

 'didik lah anak-anak didik kalian dengan hati: ikhlas
bimbinglah anak-anak didik kalian tanpa keluhan : jujur
 pimpinlah anak-anak didik kalian  dengan kedua-dua tangan: kasih sayang
bentuklah anak-anak didik kalian tanpa soal : amanah'

Kalau anak murid tak pandai... usah dirungut: itulah tugasnya guru 'ajar sampai pandai'
Kalau anak murid nakal... usah dipukul dicaci: itulah tugasnya guru 'ajar adap sopan'
Kalau anak murid lupa ucapan salam & terima kasih... usah kecil hati: itulah tugasnya guru 'mendidik insan, membentuk perwatakan...'

Yakinlah Cikgu..
                          yang tak pandai itu, kita!
                                   yang nakal itu, kita!
                                             yang tak lupa itu, kita jualah!

Selamat menjadi 'Cikgu buat semua anak didik ku 2008-2013.. PISMP Pemulihan & PISMP Bahasa Melayu: IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah'




'Sekuntum bunga Daisy buat semua..'






Sebatang Mancis: kecilnya bisa membinasakan

 Ceritanya....
Dah lama tak menulis... kekangan masa yang lebih banyak ditumpukan kepada penulisan tesis.. Fasa akhir.. Dalam kesibukan ini, terbaca satu tulisan yang mungkin boleh dikongsikan bersama2..

'Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .

Menyelusuri 2 tahun 6 bulan sebagai seorang pelajar PhD, tulisan ini amat menyentuh dan mendalam.. perjalanan ini bukan sekadar sekeping kertas yang diNOBATkan tetapi jauh lebih dari itu.. Hanya mereka yang melaluinya akan memahami erti 'Perjalanan..  Hargai Diri (PhD).

17 February 2014

Gasibu atau Gaseboe, Kota Bandung

Assalamualaikum wbt.

Kembara Ilmu di Kota Bandung dari 9hb sehingga 19hb membuka pelbagai pengalaman baru..
Gasibu atau Gaseboe mencetuskan fenomena baru yang seterusnya mencatatkan pengalaman ngeri di perantauan. Gasibu nama satu tempat di Kota Bandung. Ia tak ubah seperti pasar tamu di Gaya Street Kota Kinabalu atau pasar Pagi di Shah Alam. Namun, punyai cerita yang tersendiri. Likuan kehidupan yang pelbagai latar budaya..
Pengalaman hampir2 di 'copek saku' mengejutkan... apa yang dilihat dalam TV Nat. Geo citer Scam City, hari ini terjadi kat diri sendiri... Alhamdulillah segalanya selamat..

pesanan kepada pengunjung2 Gaseboe atau Gasibu, Kota Bandung, hati-hati kepada pencopek saku.. pelbagai cara dilakukan untuk meragut anda.. klu tak nak terjadi... jangan datang laa ke sini... tak murah mana pun barang2 di situ dan tak jua berkualiti mana barang2 disitu. Malahan, nyawa anda mungkin terancam kerana satu laungan "Lumayan Orang Malaysia" .... berasak2 anda akan dihimpit2 dengan tidak semena2 dan tetiba... ha... bermulalah babak2 penyeluk saku, mencurahkan air kepada kasut dan seluar anda, menjatuhkan rokok di tepi anda atau menjatuhkan barangan2 belian hanya untuk mengalihkan perhatian anda dan anda akan diragut... seharusnya elak laaaa tempat nie...

Fobia untuk berada di Kota Bandung... adeiii


15 January 2014

10.01.2014 Seminar 2....

Alhamdulilah... perjalanan PhD ini dipermudahkan. Syukur kepada Allah swt dengan keizinan dan limpah kurnianya.. aku dapat untuk membentang di Seminar 2 sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat PhD ku ni...

Alhamdulilah.. dalam keadaan yang penuh cabaran dan dugaan yang tak mungkin dilupakan, aku berjaya jua untuk berada di seminar 2 ini pada tanggal 10 januari 2014. Biarlah segalanya menjadi catatan dan peringatan buat diri ini.

Alhamdulilah... 'Lulus meneruskan pencalonan' dalam erti kata lain "tanpa Pembetulan". sungguh pun ia menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan rakan2 yang turut hadir semasa seminar tersebut namun hakikatnya... penyelia, dan penyemak (Reader) lebih memahami apa yang telah diputuskan.
Alhamdulilah, berkat doa isteri, anak, ibu dan seluruh keluarga serta rakan-rakan, perjalanan PhD ku semakin dekat ke destinasinya...

Doa ku semoga hari2 mendatang ini aku terus beroleh keberkatanNya...