8 September 2011

Songkek Tenunan, Lipatan Kasih

Semalam, sekali lagi menerima kejutan: Undangan ke majlis doa selamat dan tazkirah maghrib di Surau Nurul Yakin, IPG Kampus Kent. Mulanya ia bukan sesuatu yang aneh atau ganjil untuk terkejut, tetapi menjadi kejutan apabila diselitkan dengan penghargaan "3 dalam 1". Majlis Persaraan En Lupian Saruji, Majlis Perpisahan/Perpindahan Ustaz Abdul Satar dan Majlis Meraikan Cuti Belajar Pensyarah Kent. emmm ni yang kejutan, begitu tinggi tanda ingatan dan terima kasih yang diberikan oleh JAPIM dan Jawatankuasa Surau Nurul Yakin buat kami. Cuma... bagi saya belum tentu lagi.... saya masih mengharap kenaikan pangkat DG52 (Pensyarah Cemerlang) tambahan pula belum satupun tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti diterima. Namun niat saya agar:
                       biarlah hilang tanpa disedari, tak terasa kehilangannya
                      biarlah pergi tanpa diketahui, tak terasa keperitannya
                     biarlah langkah tanpa dijejaki, tak terasa kesakitannya
                     biarlah tolak tanpa dikesani, tak terasa kepenatannya
                     biarlah tinggal tanpa diingati, tak terasa kesedihannya
Walau apapun, terima kasih saya rakamkan buat Ustaz Fauzi dan Warga JAPIM serta Jawatankuasa Surau Nurul Yakin atas majlis penghargaan yang dianjurkan. Cuma Songkek Tenunan, Lipatan Kasih sebagai tanda ingatan belum masanya untuk saya terima.

1 comment:

  1. baby zaraa datang kuang dulu baru leh dapat duit raya...hehehe aunty Jue takleh jalan jauh dah skrg ni, kena banned dek Uncle Ameen.

    ReplyDelete