13 November 2013

bila dikata penat? bila pula rehatnya?


1 tahun 11 bulan? tapi klu ikut semester... aku dah di penghujung semester 5 (dua setengah tahun) bermakna tinggal satu semester lagi untuk menamatkan perjalanan ini. Namun jika dihitung tarikh mendaftar.. aku baru nak genap 2 tahun pengajian. Nape jd gini? ha ha ha ni la gara-gara mendaftar lewat... gara-gara janji mulut.. gara-gara percaya atas percaya... Tapi.. perancangan Allah swt adalah yang sebaiknya. Alhamdulilah.

dua hari ini...
aku terasa amat penat untuk berlari lagi...
terasa lelah letih.

 4 hari berterus-terusan: tidur bangun makan minun di bilik PhD UM.. masa tido tak ketentuan, tempat tidonya juga tak ketentuan. Aku tak bersungut sebab bukan aku seorang sahaja... untuk minggu ini sahaja ada 5 orang semuanya... ahli kumpulan 'terdesak' (gelaran yang kami sendiri bagi) mendesak diri untuk mencapai apa yang telah disasarkan..

adakah ini titiknya?
atau jauhkah lg perjalanan ini?
'haaaaaaa, dah nak terduduk dah niee....'?
'jangan lumpuh di kerusi'.... ?

jangan sedih, jangan putus asa 
Tiada yang terlalu dekat untuk dicapai
dan tiada pula yang terlalu jauh untuk dikejar
tekadkan hati
kerana Allah swt sentiasa akan bersama mu

jangan penat berusaha
jangan tinjau jauhnya jalan
teruskan perjalanan
teruskan pengalian

mana tahu
mana tahu
pada saat kita putus asa
pada saat kita rebah

disitu..
hanya tinggal sejengkal sahaja lagi
yang tidak kita usahakan

teruskan perjalanan ini..
PhD.. Perjuangan Harapan Doa*

Perlukah aku kata aku penat?
perlukah aku kata aku perlu rehat?

'

No comments:

Post a Comment