Pastinya semua Akan berebut-rebut untuk pulang berhari raya di kampung. Kemerihan mula terasa bila masing-masing merancang untuk pulang Ke kampung.. Bagi yang bekerja, pastinya Akan mula mencari alasan untuk bercuti awal ataupun untuk memanjangkan cuti. Cuma satu, pastikan ia tidak menjejaskan urusan yang de arid ya dilaksanakan. Cikgu-Cikgu disekolah dah mula memesan
Kepada ajak muridnya:"lepas raya, jangan lupa bawakan kuih raya, Kita buat jamuan raya". Tapi kini bila saya dah mula berada di institusi Pendidikan guru, kenyataan itu tak mungkin lagi, sebab situasi dah mula berbeza.Sebaliknya, aku pulak yang dipesan Pelajar agar membawa kuih-kuih dari kampung! Kekadang rasa pelik juga sebab Ke manakah hilangnya adat berguru? Apakah yang membezakan adat berguru dulu dengan sekarang? Walau apapun masih ada jua pelajar-pelajar saya yang mengekalkan "adab berguru kepalang ajar, dapat rusa berbelang kaki..." Kita faham, tak pernah terselit di hati seorang guru untuk meminta sebaliknya, guru sentiasa berusaha untuk memberi. Jadi,usah pulak Ada yang terasa, sekadar mengingatkan diri agar mengekalkan adab berguru tambah-tambah menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri ini..
25 August 2011
23 August 2011
Caramel (ˈkærəmɛl/ˈkɑrmə)
Bahan 1 : 8 biji telur + aisen vanila + secubit garam di blander sebati kemudian tambah 1 tin susu pekat/cair (kecil) + (1 tin air + 1 sudu tepung jagung)
Bahan 2 : Cairkan 4 sudu gula pasir atas api yang sederhana sehingga perang dan sejukkan
Tuangkan bahan 1 ke atas bahan 2 kukus selama 25 minit.
Jom kita cuba-cuba untuk berbuka nanti!
Bahan 2 : Cairkan 4 sudu gula pasir atas api yang sederhana sehingga perang dan sejukkan
Tuangkan bahan 1 ke atas bahan 2 kukus selama 25 minit.
Jom kita cuba-cuba untuk berbuka nanti!
22 August 2011
Ayam Percik vs Ayam Rendang
21 August 2011
19 August 2011
Nak dijadikan citer....
18 August 2011
Pepatung?
Tugas Kita sebagai guru ni semakin mencabar dalam dunia Pendidikan kini
Ops Ada lg LPS kedua: Isu Dan Cabaran Pendidikan Kini.
Dah Ada satu lagi LPS... Pehhh 'Lesson Study'
http://www.thesmartbean.com/magazine/21st-century-skills-magazine/what-are-21st-century-skills/
Masih perlu pembacaan yang banyak untuk aku fahami tentang lesson study nie! Dah diberi penerangan namun aku masih tak dapat memahaminya dengan jelas Dan Bagaimana dapat aku aplikasikan dalam pengajaran Dan pembelajaran (P&P) aku? Katanya fokus mesti diberi kepada "how the student learn n not how the teacher teach!Sesibur
Kini dah masuk minggu2 terakhir di bulan ramadhan. maka banyaklah jemputan untuk berbuka puasa di sana-sini. baik berbuka secara buffet di hotel mahupun di rumah kawan-kawan. Hari ni aku memenuhi undangan rakan satu opis untuk berbuka bersama pelajar ku di rumahnya. Menunya? masih dalam persoalan.. selalunya kawan ku nie rajin masak itik rendang, keli salai masak lemak cili api, daging salai cili api, udang sambai dan ulam-ulaman. jadi untuk menu hari ini masih belum dapat dipastikan. Walau apa pun aku tumpang sama untuk memberi sumbangan bagi majlis berbuka tersebut. maklumlah nak diharapkan untuk buat di rumah ku, belum pasti dengan keadaan rumah yang masih belum terurus gara-gara pemantauan minggu lepas. mau ditambah pula dengan majlis berbuka?
17 August 2011
Tompurinazou

Apa yang pelik tentang penggubalan soalan ni? diminta untuk menggubal soalan, tetapi keberangkalian untuk keluar tu kadang kala terlalu tipis, seperti penat saja gubal dan fikir bermati-matian tetapi soalan yang lain yang keluar. Dan lebih pelik lagik yang soalan keluar pulak penuh dengan kesalahan dan kesilapan. Tak marah kalau tak terpilih soalan yang digubal tapi biarlah soalan yang dipilih tersebut benar-benar berkualiti. Emm.. kekadang terasa malu bila tengok soalan peperiksaan yang bertaraf Universiti tetapi mempunyai terlalu banyak kesilapan dan kesalahan baik dari segi ejaan mahupun konsep. Bagaimana? Walau apapun, jika itu tanggungjawab, maka ia perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan jujur. itu adalah prinsip aku. Justeru, biarpun hanya beberapa kali saja soalan aku terpilih untuk digunakan dalam peperiksaan, aku akan terus membina soalan dengan terbaik.
14 August 2011
Ontikul-tikul vs Tompurinazou
Walau apapun, sesibuk mana dengan tugasan luar, aku perlu ingat tugas utama ku adalah mengajar di bilik darjah. Ini juga peringatan yang diberikan oleh pemantau aku tempoh hari. Justeru aku perlu buat persediaan untuk kelas esok. Ingat nak buat aktiviti pembelajaran aktif, maklumlah puasa-puasa ini kelas sunyi dan silap-silap akan terlelap semua pelajar ku kalau asyik kuliah aje.
Walaupun pemantauan telah berlalu, pemikiran ini masih lagi memikirkan tentang pemantauan tersebut. Ada juga kebenarannya dengan apa yang ditegur oleh pemantau tentang komitmen aku dalam kerja di luar bidang tugas yang terlalu banyak seperti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Projek Inovasi Pedagogi Pelatih, BIG, Kokurikulum dan pelbagai lagi yang dikatakan boleh menganggu kelancaran proses P&P aku dalam kelas. Namun, bukan kah kita jua perlu memberi sumbangan terhadap organisasi? Sesungguhnya kecemerlangan organisasi bererti kecemerlangan stafnya. Aku jadi keliru seperti mana aku keliru kini sama ada nak memilih Ontikul-tikul atau Tompurinazou dalam penulisan kedua aku tentang cerita guru: pengalaman seorang guru di daerah Sandakan.
Walaupun pemantauan telah berlalu, pemikiran ini masih lagi memikirkan tentang pemantauan tersebut. Ada juga kebenarannya dengan apa yang ditegur oleh pemantau tentang komitmen aku dalam kerja di luar bidang tugas yang terlalu banyak seperti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Projek Inovasi Pedagogi Pelatih, BIG, Kokurikulum dan pelbagai lagi yang dikatakan boleh menganggu kelancaran proses P&P aku dalam kelas. Namun, bukan kah kita jua perlu memberi sumbangan terhadap organisasi? Sesungguhnya kecemerlangan organisasi bererti kecemerlangan stafnya. Aku jadi keliru seperti mana aku keliru kini sama ada nak memilih Ontikul-tikul atau Tompurinazou dalam penulisan kedua aku tentang cerita guru: pengalaman seorang guru di daerah Sandakan.
Nak Cemerlang tapi......
13 August 2011
Lagi Citer Nak Jadi Pensyarah Cemerlang Part IV
Seterusnya temuga aku memasuki fasa akhir iaitu soalan pengetahuan am, sekali lagi dalam keadaan kepenatan, keletihan berpuasa, aku diajukan dengan soalan aras 'pengetahuan' dalam taksonomi blooms, "SPI BIL 3/1999?" tanya pemantau dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Aku terdiam seketika, dah lama aku tinggalkan sekolah, aku berbisik sendiri, "emm Penyediaan Rekod Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan" balas ku. "Boleh perincikan apa yang diperjelaskan mengikut SPI tersebut?". Aku menjelaskan butiran yang terdapat dalam surat perkeliling tersebut secara terperinci. "Baik, SPI Bil. 4/1986 ?" . Aku cuba sedaya mungkin untuk menjawab, bilangan 4?.... "emmm Pengurusan Panitia Mata pelajaran" jawab ku dengan tergagap-gagap dan ketidakpastian. "Baik...." belum sempat pemantau itu menghabiskan ayatnya, aku terus mencelah, "tuan, dalam lama saya tinggalkan sekolah, sekarang ni kalu tanya saya LAM-PT09-03 atau LAM-PT05-1a atau LAM PUS14, saya ingat la, sebab pengurusan IPG Kent menggunakan MsISO dalam pengurusan dokumen". Lalu dia beralih kepada soalan NKRA. Sekali lagi soalan aras pengetahuan taksonomi blooms diajukan. Aku cuba untuk menjawab sedaya yang dapat namum, adakalanya terlalu mustahil bila ia mengkehendaki aku menjelaskan butiran dalam setiap sub bidang NKRA secara terperinci. Walau bagaimanapun aku berjaya menjawab beberapa sub bidang dengan terperinci dan jelas statistiknya. Nak tau rahsia kenapa dapat jawab? Kerana aku pernah membaca dan menghafal semasa terlibat sebagai Panel Penemuduga SPP.
citer nak jadi pensyarah cemerlang Part III
tak kurang hebatnya jua citer kelam kabut n nervous nak di selia P&P. rasanya gini ka bila cikgu kata "saya nak pegi menyelia praktikum kamu ari ini?" sebaik saja selesai part I temuduga menyemak dokumen aku diarahkan untuk bersiap sedia untuk mengajar di kelas. Suasana menjadi kecoh apabila aku mencari di mana beg komputer aku letakkan. asalnya aku letakkan di Bilik Kualiti, namun setelah dua kali memusing dan mencari seluruh bilik, aku gagal menemuinya. Aku buat 4 kali panggilan telefon kepada rakan ku setelah aku ingat dia org terakhir yang pegang beg komputer aku pagi ini. namun panggilan telefon aku tidak disambut olehnya. aku makin gelabah..."mati laa, aku hanya bersedia mengajar menggunakan LCD" aku duduk termenung di bangku di luar bilik kualiti; 'dimana lagi yer?" aku terus memanggil pelajar untuk mencarinya di pejabat aku di jabatan penyelidikan dan inovasi, sekali lagi hampa, jam dah 10:15 pagi, bermakna sudah 15 minit pemantau itu menunggu aku bersedia. opss.! mesti bawah meja dalam bilik VVIP (bilik temuduga ku). sangkaan aku tepat sekali apabila aku mengetuk pintu bilik dan masuk untuk mencari beg komputer ku.
Sesi P&P bermula, terasa nada suara ku bergetar2. emm aku nervous ka? pelajar memerhati aku dengan pandangan sinis, ada yang tersenyum simpul, aku cuba untuk bergurau bagi menghilangkan rasa gemuruh. ternyata berjaya, set induksi ku gagal seperti dirancang, lain yang ku harapkan, lain pulak yang diberi jawapan oleh pelajar ku, otak ku ligat memikirkan bagaimana nak masuk topik yang ingin ku ajar. setelah 10 minit berlalu ternyata aku dapat kembali rentak mengajar dengan baik, bermula dengan kaedah koperatif aku terus menjalankan aktiviti kontekstual dan seterusnya meminta pelajar ku untuk menjalankan aktiviti kumpulan. ternyata masa makin berlalu makin lama, aku jangkakan sejam tetapi kini dah melewati 1 jam setengah, pelajar-pelajar aku masih asyik dengan aktiviti pembentangan bertema. nak aku hentikan pembentangan risau pula kena tegur, nak ku teruskan aku nampak wajah berkerut dua pemantau. apa yang harus aku lakukan? aku dengan wajah yang selamba, meneruskan aktiviti sehinggalah terdengar satu suara, "boleh buat penutup" celah pemantau.. aku tersenyum, aku minta pelajar ku membuat rumusan pembentangan dan diajukan beberapa soalan pengukuhan dan pengayaan. syukur aktiviti P&P ku tamat walaupun ia tidak seperti yang aku harapkan. keadaan pengajaran aku tidak sebaik yang aku harapkan. Apapun.. terima kasih buat kelas PPISMP BM (SJKC) yang banyak membantu proses P&P ini. Keceriaan kelas tetap seperti yang diharapkan.
12 August 2011
citer nak jadi pensyarah cemerlang Part II
Hari yang di tunggu pun tiba, tepat jam 9.00am, tetamu yang ditunggu-tunggu sampai. selepas jumpa timbalan pengarah maka aku membawa dua orang penilai untuk ke Bilik Kualiti, dalam bahasa mudah bilik temuduga laa... di sini ada 4 orang calon Pensyarah Cemerlang akan di audit segala failnya. menjengah saja muka pintu, aku perhatiakan, wajah pemantau pertama aku, terus berubah, dia berjalan mundar mandir dalam bilik dan terus berkata, "boleh cari bilik lain?" kelam kabut KUKP dan timbalan pengarah bila diajukan sedemikian. salah seorang dari pemantau mencelah, semalam lagi ramai ada 10 orang dalam bilik nie yang diaudit.
kita perlu bilik yang tak ada orang sebab banyak perkara yang perlukan penjelasan. Aku akur dengan permintaannya. Atas arahan KUKP kami bergerak ke Bilik VVIP sebelah bilik pengarah. bayangkan puluhan fail serta BBM yang mencecah hampit 10 kotak perlu dibawa turun ke bilik VVIP tersebut... mujurla ada pelajar dan staf yang saling membantu namun, mereka hanya mampu menangkat dan melambakannya di atas meja. terima kasih... namun dengan timbunan puluhan fail yang berselerakkan aku di ajukan pelbagai soalan dan diminta menunjukkan pelbagai dokumen. sukarnya untuk aku mencari dokumen-dokumen tersebut di dalam fail yang telah berselerakkan: ada dibawah meja, ada atas meja, atas sofa, atas kabinet, atas almari. ada beberapa dokumen aku gagal untuk mencari dan menunjukkan bukti. bukan tak ada tapi dalam timbunan fail yang berselerakkan. tak mungkin aku dapat menemuinya lagi. aku pasrah dan menyatakan "maaf, saya tak mampu cari surat tersebut"
Ia tidak terhenti di situ, pelbagai jurnal atau penulisan aku dia minta aku tunjukkan, bagaimana mungkin kalu diajukan jurnal IP kent: " emm tak ada peringkat IPGM?".. maka aku tunjukkan jurnal IPG Tawau; "emm tak ada jurnal lain?" ajunya lagi.. maka aku ambil fail yang mengandungi semua jurnal yang ada penulisan aku, aku surung ke hadapannya. "tak ada pun yang antarabangsa?" aku kelu lidah..ku gagahi untuk menjawab "tuan, saya tak ada peringkat antarabangsa! bahasa inggeris saya teruk. laras bahasa inggeris saya tak seperti penulisan jurnal antarabangsa. kalu antar pun kena reject awal-awal"
" Mana bahan inovasi yang kamu hasilkan?" dengan pantas aku mengambil beberapa kotak bahan inovasi pedagogi yang aku sendiri hasilkan untuk mengajar di kelas. "ini bukan bidang!, ini juga bukan bidang!.. tunjukkan saya yang dalam bidang ekonomi?" tapi semua ini mendapat pengiktirafan sama ada kebangsaan atau negeri Sabah" balas ku. dengan nada yang tegas:"saya mau yang hanya bidang kepakaran kamu? ada tau tidak?" musnah, selama ini aku menghasilkan bahan-bahan inovasi untuk organisasi aku saja. hanya satu saja bahan yang aku buat khusus untuk ekonomi. maka aku pun tunjukkan kepadanya. " satu saja? tak aa pengiktirfan?" tanya pemantau itu bertubi-tubi. ada hanya di peringkat Negeri Sabah". namun dia tidak mau menerima. baginya aku perlu hasilkan bahan Inovasi dalam bidang kepakaran ku dan mendapat pengiktirafan. Aku pasrah.. memahami bahawa, lain pemantau, lain pula spesifikasi yang dikehendaki? dulu aku dipantau, ia minta semua sumbangan yang aku buat diluar.. ini mau sumbangan dalam bidang kepakaran? Cemerlangkah aku jika begini?
bersambung esok.. citer dipantau di kelas!
11 August 2011
cerita nak jadi Pensyarah Cemerlang...?
Untung nasib, ajal maut, jodoh rezeki.... semuanya ketentuanNya. Setelah seminggu lebih bergelumang dengan puluhan fail, surat-menyurat, sijil, dokumen untuk 3-4 tahun tahun kebelakang.. akhirnya hari yang dok tunggu-tunggu sampai juga. 50 fail yang terdiri dari pelbagai bahagian seperti Portfolio Akademik, Fail Kursus, Fail Sumber Pendidikan, Fail Kolaborasi, surat menyurat, surat lantikan dan banyak lagi yang semua bahannya bermula 2008-2011 siap dikemas kini. Untuk menyiapkan fail-fail ini, aku hanya tido 2-3 jam sahaja sehari. Mencabar sungguh, hampir satu rumah, opis penuh dengan fail serta kertas-kertas dokumen yang perlu diasingkan mengikut failnya. tetapi berjaya juga kemaskan dan jam 6petang 10 Ogos, fail cantik tersusun atas rak n meja kemas dengan semua bahan dan dokumen yang perlu untuk di audit. Senyum puas aku bila menyaksikan segalanya kemas dalam keadaan yang sepatutnya. Fail-fail juga dalam keadaan yang kemas didalamnya siap dengan pembahagia bagi setiap komponen.
Kisahnya pun bermula pula episod baru! (sambungnya... nanti)
9 August 2011
Patutka dimarah?

http://eduworld.com.my/page.php?14
http://eduresos.my/
Dua-dua web nie ada inovasi pertama yang saya hasilkan..
Syukur masih ada lagi nak tengok-tengok dan kenang-kenang pengalaman melalui Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan buat kali pertama.8 August 2011
Jika itu la....

7 August 2011
Susun sana Susun sini

Bila bermula...
... "jemaah nazir dengan pengarah?"
...."Bila?"
Persoalan ini terus berlegar hampir dua minggu dalam kalangan pensyarah IPG kampus Kent. Tak terkecuali jua aku. Bermula la... kerja-kerja mengemas kini semua fail, folio, hasil kerja pelajar, KKP, tugasan, projek segalanya perlu dikemas kini. mujur la bulan puasa, jadi tak perlu difikirkan sangat soala makan. Namun bila petang... mula la nak mencari itu, ini untuk dibuat juadah berbuka. Untuk seminggu nie, aku yang ala-ala 'beauty Sleep" (tido awal) dah terpaksa bersengkang mata sehingga 1-2 pagi semata-mata menyiapkan semua kerja-kerja yang "asal siap" untuk 3 tahun yang lepas. Semuanya perlu kemas dan berada dalam keadaan yang sepatutnya dalam semua 24 Folio peribadi aku. Syukur, hari ni dah siap 90% dan aku berdoa bukan esok la tetamu yang ditunggu itu berkunjung. Agar sempat aku siapkan 10% yang masih berbaki. Pesan pada diri ku sendiri, "lain kali kerja tu disiapkan dalam keadaan baik & bukannya sekadar siap pada masa itu saja"
4 August 2011
Beban Tugas Guru Vs Kerja Rutin
3 August 2011
Bermula sekali lagi

1 August 2011
Dipantau Vs Memantau

Subscribe to:
Posts (Atom)