Walau apapun, sesibuk mana dengan tugasan luar, aku perlu ingat tugas utama ku adalah mengajar di bilik darjah. Ini juga peringatan yang diberikan oleh pemantau aku tempoh hari. Justeru aku perlu buat persediaan untuk kelas esok. Ingat nak buat aktiviti pembelajaran aktif, maklumlah puasa-puasa ini kelas sunyi dan silap-silap akan terlelap semua pelajar ku kalau asyik kuliah aje.
Walaupun pemantauan telah berlalu, pemikiran ini masih lagi memikirkan tentang pemantauan tersebut. Ada juga kebenarannya dengan apa yang ditegur oleh pemantau tentang komitmen aku dalam kerja di luar bidang tugas yang terlalu banyak seperti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Projek Inovasi Pedagogi Pelatih, BIG, Kokurikulum dan pelbagai lagi yang dikatakan boleh menganggu kelancaran proses P&P aku dalam kelas. Namun, bukan kah kita jua perlu memberi sumbangan terhadap organisasi? Sesungguhnya kecemerlangan organisasi bererti kecemerlangan stafnya. Aku jadi keliru seperti mana aku keliru kini sama ada nak memilih Ontikul-tikul atau Tompurinazou dalam penulisan kedua aku tentang cerita guru: pengalaman seorang guru di daerah Sandakan.

No comments:
Post a Comment